fbpx
Cerita Borneo

Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia

Pembangunan Vaksin INO-4800 Dibiayai Oleh Bill And Melinda Gates Foundation

Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia. Satu lagi vaksin yang berpotensi untuk merawat COVID-19 kini memasuki fasa pertama percubaan klinikal ke atas manusia selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) selepas menerima permohonan daripada Inovio Pharmaceuticals.

Inovio bercadang untuk menyuntik peserta sukarelawan nya yang pertama dengan vaksin DNA INO-4800 selepas ujian pra-klinikal yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa ia mampu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Sebanyak 40 orang sukarelawan telah dipilih dan merekea terdiri daripada orang dewasa yang sihat dan telah melalui saringan di Philadelphia’s Perelman School of Medicine, Universiti Pennsylvania dan Pusat Penyelidikan Farmaseutikal, Kansas.

Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia

Vaksin DNA Telah Digunakan Dalam Perubatan Veterinar

Vaksin DNA INO-4800 ini berfungsi dengan menyuntik plasmid yang telah dibina secara spesifik ke dalam badan pesakit supaya sel badan dapat menghasilkan antibodi yang diperlukan untuk melawan sesebuah jangkitan. Walau pun vaksin DNA telah digunakan untuk merawat jangkitan haiwan dan perubatan veterinar, namun setakat ini ia belum pernah digunakan ke atas manusia.

Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia
Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia

Menurut syarikat farmaseutikal ini lagi, pembangunan vaksin DNA mereka bermula sejak wabak MERS (Middle East Respiratory Syndrome) lagi. Pada ketika itu, mereka telah menyempurnakan fasa pertama kajian yang menyaksikan subjek menghasilkan tahap antibodi yang tinggi untuk tempoh masa yang lebih lama daripada jangkaan.

Inovio kini telah berjaya menggandakan kerja-kerja pembangunan dan penghasilan ribuan dos INO-4800 dalam masa hanya beberapa minggu sahaja bagi menyokong percubaan pertama dan percubaan kedua. Kejayaan ini adalah hasil daripada pembiayaan Bill and Melinda Gates Foundation serta beberapa badan bukan kerajaan yang lain.

1 Juta Vaksin Tersedia Hujung Tahun Ini

Difahamkan, sekiranya percubaan klinikal ini berjaya, Inovio telah bersedia untuk menghasilkan sebanyak 1 juta vaksin pada hujung tahun ini untuk tujuan percubaan tambahan dan berpotensi untuk penggunaan kecemasan, tertakluk kepada kelulusan.

Ini merupakan vaksin kedua yang memulakan percubaan klinikal ke atas manusia setelah vaksin pertama dari Moderna yang memulakan percubaan pertama pada pertengahan Mac yang lalu.

Vaksin Rawat COVID-19 Yang Dibiaya Bill Gates Kini Diuji Ke Atas Manusia
Percubaan klinikal pertama vaksin COVID-19 terhadap manusia oleh Moderna.

Percubaan ini akan dilakukan selama beberapa minggu untuk mengumpul data antibodi yang dihasilkan oleh sukarelawan serta tahap keselamatannya terhadap manusia. Hasil kajian yang lengkap dijangka siap pada akhir bulan Ogos.

Sebarang ‘broad clearance‘ atau kelulusan sesuatu vaksin akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun atau 18 bulan dari sekarang. Namun, oleh kerana percubaan klinikal terhadap manusia telah pun mula dijalankan, masyarakat dunia berharap agar ia tidak melebihi tempoh masa tersebut untuk vaksin dapat digunakan sepenuhnya.

Lagi artikel menarik mengenai situasi berkaitan COVID-19 di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button