fbpx
Cerita Borneo

[VIDEO] Hospital Untuk Pesakit Wuhan Coronavirus Siap Dalam Masa 10 Hari Di China

Hospital ini dikatakan sudah mula menerima pesakit hari ini

Hospital Huoshenshan yang terletak di Wuhan merupakan sebuah hospital yang dibina khas bagi pesakit yang disahkan mengidap Wuhan Coronavirus NcoV-2019. Pembinaan hospital ini bermula 10 hari yang lalu dimana ribuan pekerja dan juga sukarelawan bertungkus lumus mengerah tenaga untuk membina hospital ini.

Sumber : Getty Images

Hospital Huoshensham ini dibina berdasarkan Hospital Xiaotangshan di Beijing yang dibina bagi membantu kes penyebaran virus SARS pada 2003 dahulu, jadi tidak hairanlah jika kali ini, kerja ‘gila’ ini juga berjaya.

Jurutera dari seluruh China menggembleng tenaga bagi memastikan hospital ini siap dalam masa 10 hari. Kepakaran China dalam pembinaan merupakan sesuatu yang tidak asing lagi di dunia ini, dan ianya merupakan sesuatu yang masih mustahil di negara lain, namun dapat dilakukan hanya di China.

Kini, struktur lengkap hospital ini hampir sempurna, dan alatan sudah mula dibawa masuk dan dipasang. Dilaporkan juga hospital ini akan dapat mula menerima pesakit mulai dari hari ini.

Baca Juga Artikel Berkaitan :

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/ini-panduan-borang-pengisyitiharan-kesihatan-kemasukan-ke-sarawak/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/minta-coronavirus-merebak-di-sabah-gadis-devil-akhirnya-padam-akaun-twitter/

Artikel Berkaitan

Back to top button