fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching

iloveborneo Oleh iloveborneo
23 Januari 2020
Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Setakat Ini Punca Kejadian Masih Belum Dikenal Pasti

Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching
Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching

Viral Video Lelaki Guna Hilux Cuba Belasah Sekuriti Di VIVACITY Kuching. Sudah menjadi kewajipan seorang pengawal keselamatan untuk melaksanakan tugas serta mengurangkan kesesakan trafik di sesebuah premis. Lebih-lebih lagi di musim perayaan seperti sekarang. Namun begitu, sebuah kejadian yang tidak diingini pula berlaku di sebuah kompleks membeli belah di Kuching.

Seorang pengguna laman sosial Matherly Matez berkongsi sebuah video di laman Facebook. Video tersebut menunjukkan seorang pengawal keselamatan tiba-tiba diserang oleh beberapa orang awam yang menggunakan kenderaan Hilux.

ADVERTISEMENT

Pengawal Keselamatan Vivacity Megamall Hampir Dipukul Menggunakan Alat Tumpul

Menerusi video berdurasi 2 minit tersebut, seorang lelaki berpakaian putih dilihat keluar dari kenderaannya dan secara tiba-tiba menyerang seorang pengawal keselamatan. Tidak lama kemudian, seorang lagi individu keluar dari kenderaan tersebut dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengawal tersebut. Keadaan bertukar genting seketika apabila individu berbaju putih mengeluarkan sebatang alat tumpul namun berjaya dikawal oleh seorang lagi individu.

Setelah beberapa ketika, tiga individu terbabit akhirnya beredar. Nasib pengawal keselamatan dan tiga individu terbabit masih belum diketahui dengan jelas.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Namun, apa yang pasti, sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap sesuatu, perbuatan serang menyerang seperti yang dipaparkan dalam video tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang matang, penyelesaian sesuatu masalah haruslah dilakukan secara berhemah, rasional dan tidak mengikut emosi semata-mata.

Mbak ilek bah. Benda boleh settle, nak?

ADVERTISEMENT
Share13389Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy