fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC?

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
31 Januari 2020
Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC?
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

PHEIC : Public Health Emergency of International Concern

Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC? Penularan wabak virus novel corona (2019-nCoV) yang membimbangkan seluruh penduduk dunia kini telah diisytiharkan sebagai PHEIC atau darurat kecemasan kesihatan awam. Pengisytiharan ini telah dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menerusi satu sidang media yang diadakan di Geneva. Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus selaku pengarah pertubuhan telah mengumumkan keputusan tersebut.

Namun demikian, tahukah anda apa itu darurat kecemasan kesihatan awam atau PHEIC? Apakah maksud pengisytiharan tersebut? Di sini kami sediakan beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang virus Wuhan dan PHEIC.

ADVERTISEMENT

Apa Maksud PHEIC?

Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC?

Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), darurat kecemasan kesihatan awam atau PHEIC ini bermaksud satu situasi wabak yang boleh menjejaskan kesihatan orang awam di peringkat antarabangsa. Fenomena yang berlaku adalah dianggap sebagai luar biasa dan membawa risiko penyebaran di peringkat antarabangsa serta memerlukan respon koordinasi daripada negara-negara asing.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Jeneral WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, PHEIC ini bertujuan untuk menggerakkan negara-negara di seluruh dunia agar bersatu menentang penularan wabak ini.

PHEIC ini mula dirangka setelah penularan wabak SARS pada tahun 2003. Sejak ia mula diguna pakai pada tahun 2005, PHEIC hanya pernah digunakan untuk penularan 6 jenis penyakit iaitu;

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

  • Selesema babi – swine flu H1N1 (2009)
  • Polio (2014)
  • Virus Zika (2016)
  • Ebola (2019)
  • Virus Novel Korona 2019-nCoV (2020)

Bagaimana PHEIC Diisytiharkan? Oleh Siapa?

Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC?
Pengarah Jeneral WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus Kredit : Twitter WHO

Mengikut garis panduan Standard Operation Procedure (SOP) PHEIC, Pengarah Jeneral WHO adalah individu yang bertanggungjawab membuat keputusan sama ada sesuatu situasi wabak wajar diisytiharkan sebagai PHEIC. Namun demikian, keputusan yang dibuat memerlukan mesyuarat bersama pakar-pakar iaitu Jawatankuasa Kecemasan IHR (International Health Regulations) sebelum ia dapat diumumkan.

ADVERTISEMENT

Jawatankuasa ini bertindak sebagai penasihat kepada Pengarah Jeneral tentang langkah kesihatan yang perlu diambil oleh negara yang terlibat sepanjang tempoh darurat PHEIC. Langkah ini boleh berubah mengikut keperluan situasi semasa.

Apa Yang Akan Terjadi Jika PHEIC Sudah Diisytiharkan?

Kredit : EI Universal

Sekiranya PHEIC diumumkan, maka WHO berhak untuk campur tangan dalam mengeluarkan langkah yang terperinci termasuklah dari segi politik. Ianya dilaksanakan secara praktikal dan merangkumi polisi pelancongan, perdagangan, kuarantin, saringan dan rawatan.

ADVERTISEMENT

Dalam erti kata lain, WHO berhak mengeluarkan cadangan tentang sebarang larangan pelancongan mahu pun perdagangan.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Semasa PHEIC

Oleh yang demikian, WHO menasihatkan supaya negara-negara yang terlibat dalam penularan wabak tersebut supaya ;

  1. Menyokong masyarakat yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah
  2. Mempercepat pembangunan vaksin dan rawatan baru
  3. Menghentikan penyebaran info dan khabar angin yang tidak sahih dan palsu
  4. Bekerjasama untuk merawat pesakit tapi dalam masa yang sama, mengehadkan penyebaran
  5. Berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan WHO serta negara lain
  6. Bekerjasama menangani wabak dengan semangat solidariti dan toleransi

Wabak Virus Korona Wuhan Wajar Diisytiharkan Sebagai PHEIC. Ini Sebabnya

Setakat hari ini, sebanyak lebih 9 ribu kes jangkitan ini telah dilaporkan di seluruh dunia dengan jumlah tertinggi adalah di China dengan angka 9,658 kes manakala 14 kes di Thailand dan 12 kes dicatatkan di Hong Kong.

Virus Wuhan Diisytihar PHEIC, Tapi Tahukah Anda Apa Itu PHEIC?
Statistik wabak virus Wuhan menerusi laman web real-time John Hopkins University. Sumber : 2019-nCoV Global Cases (by Johns Hopkins CSSE)

Para pakar telah menyuarakan kebimbangan tentang trend peningkatan virus ini yang sangat pantas. Malah, penularan wabak ini telah melepasi angka penularan wabak SARS pada tahun 2003. Jumlah kes wabak SARS pada tahun 2003 mencecah 8,100 kes dengan 774 jumlah kematian setelah pasukan kesihatan berjaya menanganinya.

PHEIC juga diisytiharkan ke atas wabak virus Wuhan ini kerana terdapat satu kes jangkitan antara manusia (human-to-human transmission) telah disahkan positif di Illinois, Amerika Syarikat. Pesakit terbaru tersebut merupakan suami kepada isteri yang telah dijangkiti wabak tersebut setelah isterinya pulang dari China.

Selain itu, PHEIC ini juga mengambil kira kesan penularannya di 22 negara selain China. Situasi di China pula lebih mengerikan apabila bekalan topeng muka serta ubat-ubatan semakin berkurangan. Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa pengisytiharan PHEIC ini sebagai terlalu lambat.

Skala tahap jangkitan Coronavirus berbanding penyakit berjangkit yang lain. Sumber : WHO

Oleh itu, di musim wabak ini, jagalah kesihatan dan patuhi langkah-langkah pencegahan yang telah diwar-warkan. Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak ini dapat ditangani dengan cekap.

Share118Tweet40SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy