fbpx
Cerita Borneo

Wabak COVID-19 Diisytihar Pandemik, Netizen Desak Batal Acara Besar Di Sarawak

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.

Wabak COVID-19 Diisytihar Pandemik, Netizen Desak Batal Acara Besar Di Sarawak. Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan COVID-19 sebagai satu pandemik. Untuk pengetahuan anda, pandemik merupakan tahap penularan wabak yang paling parah kerana ia telah menjadi situasi wabak besar-besaran yang telah menular ke seluruh dunia. Sehingga kini, sebanyak 91 buah negara di seluruh dunia telah mencatatkan ‘confirmed case’ dengan China, Itali dan Iran merupakan 3 negara dengan bilangan kes yang tertinggi.

“Sayangnya..Salah Masa Nya Molah..”

Namun demikian, lain pula situasinya di Sarawak. Berikutan tiada pengesahan secara langsung dari pihak kerajaan tentang arahan pembatalan sebarang acara besar-besaran, netizen meluahkan rasa bimbang tentang penularan wabak ini di Sarawak. Rata-ratanya mendesak agar sebarang program atau acara berskala besar dan melibatkan kehadiran orang awam dibatalkan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan untuk satu tempoh masa. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kadar penularan.

Menerusi tinjauan kami di laman sosial Facebook, ini merupakan luahan netizen tentang penganjuran acara berskala besar di Sarawak. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kesal kerana waktu penganjuran yang salah dan kebetulan pada situasi mudarat pada masa ini.

Wabak COVID-19 Diisytihar Pandemik, Netizen Desak Batal Acara Besar Di Sarawak
Wabak COVID-19 Diisytihar Pandemik, Netizen Desak Batal Acara Besar Di Sarawak

Acara besar yang dianjurkan di Sarawak dalam masa yang terdekat :

Warga Twitter Turut Bersetuju Untuk Tangguh Acara

Tidak ketinggalan, melalui undian poll yang dibuat di laman sosial Twitter, seramai 55.7% memilih agar acara berskala besar yang diadakan di Sarawak ditangguhkan terlebih dahulu. Manakala 16.3% pengguna telah memilih untuk memastikan acara tersebut menyediakan ‘thermal scanner’. Namun demikian, terdapat segelintir pengguna yang memilih untuk meneruskan acara dan selebihnya berpendapat bahawa acara tersebut harus dibatalkan serta merta.

Wabak COVID-19 Diisytihar Pandemik, Netizen Desak Batal Acara Besar Di Sarawak

Mitigasi Adalah Langkah Terbaik Tangani Pandemik COVID-19

Menurut laman web The New Yorkers, beberapa tahap respon epidemiologi yang telah diambil oleh negara yang terjejas teruk seperti Hong Kong, China, serta Singapura. Terdiri daripada tiga peringkat iaitu pembendungan (containment), pengurangan/mitigasi (mitigation) dan penutupan (lockdown). Langkah pembendungan adalah efektif pada peringkat permulaan penularan wabak seperti pengesanan, pengasingan dan kuarantin individu agar ia tidak menular dalam sesebuah komuniti. Namun demikian, langkah ini kurang berkesan sekiranya COVID-19 telah menjadi suatu pandemik.

Sumber dari Centers For Disease Control Anda Prevention (CDC) pula mengeluarkan pelaksanaan langkah mitigasi bagi mengurangkan penularan dalam kalangan komuniti seperti mengehadkan atau menangguhkan sebarang acara berskala besar, melakukan screening serta mengehadkan jumlah pelawat dan aktiviti luar.

Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama membendung penularan wabak ini dengan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan diri dari kawasan sesak.

Artikel Berkaitan

Back to top button