Berikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.
Wajib Maklumkan Upacara Pengebumian Kepada Pihak Berkuasa, Aktiviti Sosial Tetap Dilarang Di Sarawak. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini menetapkan agar sebarang majlis pengebumian yang diadakan di Sarawak sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Bukan itu sahaja, sebarang upacara pengebumian yang bakal diadakan wajib memaklumkannya kepada Pejabat Daerah dan PDRM untuk tujuan kawalan awam.

Semua jenis aktiviti sosial dan perhimpunan masih dilarang
Dalam pada masa yang sama, semua jenis aktiviti sosial dan perhimpunan masih tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Jenis acara dan aktiviti sosial yang dilarang termasuklah majlis perkahwinan, kenduri-kendara, majlis pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain aktiviti perkumpulan.

Komuniti Kepolisan bakal ditubuhkan di kampung dan rumah panjang
Program komuniti kepolisan juga ditubuhkan di kampung-kampung dan kawasan kediaman rumah panjang bagi memperkasakan ketua masyarakat dan ketua kaum untuk memantau, menyelarasa, dan mengatur aktiviti.
Komuniti Kepolisan ini terdiri daripada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kaunselor, Rela/Veteran ATM/Pesara Polis dan Kejiranan Rukun Tetangga (KRT).
Antara tugas lain Komuniti Kepolisan ini juga adalah untuk ;
- Meningkatkan kesedaran dan membuat publisiti mengenai bahayanya COVID-19
- Meningkatkan pematuhan terhadap SOP COVID-19
- Melaksanakn sebarang bentuk sekatan, amaran atau membuat penahanan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Kekal selamat dan jaga diri anda.