fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu

Kedung BK by Kedung BK
21 September 2020
Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“Nice car, teacher,” – Murid

Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu. Setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai apa yang menentukan kebahagiaan.

Ada yang menyamakan kekayaan dengan kebahagiaan, ada yang lebih suka hidup dalam kesederhanaan untuk kehidupan yang lebih bahagia dan sebagainya. Namun, cikgu ini turut diberi kesedaran tentang ‘kebahagiaan’ sebenar apabila murid dia sendiri memberitahu realitinya sebagai anak orang kaya.

ADVERTISEMENT
Walaupun Keluarga Kaya, Anak Murid Cikgu Ini Dedahkan Kesunyiannya Apabila Memuji Kereta Biasa Cikgu
Walaupun Keluarga Kaya Ada Kereta Berjenama, Budak Ini Puji Kereta Biasa Cikgu Kerana Sunyi

Mengajar murid itu selama 3 tahun

Seorang cikgu berkongsi pengalamannya ketika menghantar salah seorang muridnya pulang ke rumah dari sekolah menerusi Twitter. Cikgu itu, @ruffleseed (Ken) berkata dia memutuskan untuk menghantar pelajarnya pulang apabila mendapat tahu ibu bapa muridnya akan menjemputnya lewat.

Ketika bertanya kepada murid itu mengapa ibu bapanya akan datang lambat, murid tersebut berkata ibunya dibaru-baru ini disahkan menghidap kanser dan perlu menjalani chemotherapy.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

Ken kemudian menawar untuk hantar muridnya pulang.

ADVERTISEMENT

“Nobody talks in these cars, teacher,” – Murid

Semasa perjalanan itu, murid tersebut memuji kereta Ken. Menurut Ken, dia hanya mengguna kereta Proton dan terkejut apabila murid itu berkata,

“Cantik kereta ini, cikgu.”

Rupa-rupanya, ayat itu adalah pembukaan kata untuk mengajak berbual. Mereka berdua kemudian berborak sepanjang perjalanan.

ADVERTISEMENT

Akhirnya, Ken dan muridnya tiba di rumah agam (mansion) murid itu. Ken, menyedari bahawa keluarga muridnya mempunyai kereta berjenama seperti Volvo dan sebuah X6, berkata kepada muridnya,

“Awak ada kereta berjenama tapi awak fikir kereta cikgu cantik?

Muridnya kemudian berkata,

“Tiada orang bercakap dalam kereta-kereta ini, cikgu.”

Jawapan tersebut mengejutkan Ken dan mengakhiri ciapannya dengan berkata,

“Saya membelajari benda baharu tiap hari dari anak-anak murid saya.”

BMW X6 yang dikatakan milikan keluarga murid Ken.

Netizen bersimpati dengan murid itu

Rata-rata netizen menunjukkan simpati kepada murid itu yang berpendapat murid tersebut berasa sunyi, meskipun dari keluarga yang kaya.

I think dia nak cakap walaupun kereta dia cantik, tapi dia tak pernah sembang dengan his parent dalam kereta tu? Tapi dengan cikgu dia, walaupun cuma Proton, they talk with each other.

I guess the kid sunyi kot

— AbbasJefry (@AJefry99) September 21, 2020

Dia jarang sembang dan bersoal jawab dalam kereta mahal parent dia. Tapi naik proton semua dia bagitahu ke pemandu tu

— Pakej Lexis Port Dickson (@_Fattah_Amin) September 21, 2020

Wealth cant buy u happiness….trust me, that quote still relevant until today….

— Mal.K (@malleezz) September 21, 2020

Your children are your greatest treasure trove.

Cherish them and you'll be richer than rich.

Neglect, and be poorer than poor.

Even when you've all the riches of the world https://t.co/Uh8TqF6VTL

— Rejaie Arbee 🇲🇾 (@rejaie) September 21, 2020

“Anak-anak anda adalah harta karun terbesar anda. Hargai mereka dan anda akan lebih kaya daripada kaya. Abaikan, dan anda akan menjadi lebih miskin daripada yang miskin, walaupun anda mempunyai semua kekayaan dunia.”

Hargai lah anak anda jika anda adalah ibu bapa. Walaupun mereka tidak sentiasa menunjukkan perasaan sebenar mereka, mungkin satu-satunya perkara mereka hendak adalah perhatian dari ibu bapa mereka.

Duit boleh dicari, tapi masa dan kenangan jika dibazirkan tak dapat di bawa kembali.

Lagi di sini:

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy