fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
18 Januari 2021
Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi
Share on FacebookShare on Twitter

Selamat hari jadi, adik!

Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi. Setelah Sarawak dilanda banjir minggu lalu, kini giliran Sabah pula mengalami nasib yang serupa. Beberapa daerah di Sabah teruk dilanda banjir sehinggakan jalan runtuh dan pusat pemindahan semakin banyak dibuka.

Namun demikian, tatkala suasana banjir merisaukan kebanyakan keluarga kerana rumah dinaiki air, namun sebuah keluarga di Menggatal Sabah nampaknya tenang menghadapi situasi ini.

Adik ini tetap gembira sambut hari jadi walaupun rumahnya sudah dinaiki air hingga paras lutut

Mana tidaknya, tatkala rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras lutut, sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka tetap diraikan seperti biasa! Bukan itu sahaja, kek serta jamuan makan tetap dihidangkan di atas meja makan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Menerusi hantaran di sebuah laman di Facebook, salah seorang ahli keluarga tersebut iaitu seorang kanak-kanak dilihat tersenyum lebar semasa sedang bergambar dengan kek hari jadinya beserta hidangan makanan yang lain di atas meja makan. Walaupun tidak didedahkan nama kanak-kanak tersebut, namun dapat dilihat dari riak wajahnya bahawa kanak-kanak tersebut kelihatan sangat gembira dan bangga dapat menyambut hari jadi meskipun rumahnya dinaiki air.

Hidangan hari jadinya juga bukan kaleng-kaleng ya. Siap ada mi, sosej, nugget, roti dan air berkarbonat!

Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi
Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi
Sumber : Facebook

Meskipun dapat menyambut hari jadi, paras air di rumahnya juga kelihatan agak tinggi sehingga hampir menenggelamkan rak televisyen serta almari. Kejadian banjir ini dikatakan berlaku di Kampung Nurujaya, Menggatal, Sabah.

Walaupun Rumah Dimasuki Air, Adik Di Sabah Ini Tetap Gembira Sambut Hari Jadi
Sumber : Facebook

Selamat hari jadi diucapkan kepada adik ini! Semoga sihat selalu dan diberkati. Bagi rakyat Sabah yang terkesan dengan bencana banjir kali ini, diharapkan semua sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Sambut-sambut juga ya, nanti jangan lupa tolong ibu bapa mengemas rumah pula lepas banjir.

Baca juga artikel ini :

SUMBER : FB D'Jesselton Sabah
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy