fbpx
Cerita Borneo

Wanita Berusia 23 Tahun Korban Ke-13 COVID-19 Di Sarawak

Al-Fatihah.

Wanita Berusia 23 Tahun Korban Ke-13 COVID-19 Di Sarawak. Terbaharu, satu lagi kematian dicatatkan di Sarawak akibat COVID-19. Korban terbaru ini merupakan seorang wanita yang berusia 23 tahun. Beliau meninggal dunia pada jam 9.42 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak.

Berita kematian ini dimaklumkan menerusi akaun Facebook kakaknya, Noornajwa Nabilah.

Bertarung Nyawa Di ICU Selama 11 Hari, Seluruh Keluarga Dijangkiti

Menerusi entri tersebut, allahyarhamah yang mesra dengan panggilan Memet telah bertarung nyawa selama 11 hari di ICU akibat jangkitan COVID-19.

Difahamkan, seluruh ahli keluarga allahyarhamah turut dijangkiti COVID-19 namun keadaan beliau dilaporkan paling kritikal.

Wanita Berusia 23 Tahun Korban Ke-13 COVID-19 Di Sarawak
Wanita Berusia 23 Tahun Korban Ke-13 COVID-19 Di Sarawak

Ini merupakan kematian ke-13 akibat jangkitan COVID-19 di negeri Sarawak. Sebelum ini, kes kematian di Sarawak melibatkan kehilangan nyawa beberapa sekeluarga termasuk ibu, anak serta saudara mara yang terdekat.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa COVID-19 serta mendoakan kesembuhan untuk pesakit yang sedang menghadapinya saat ini.Amin.

Sementara Itu, Sarawak Catat 6 Lagi Kes Positif Hari Ini

Sarawak hari ini mencatatkan 6 kali kes positif menjadikan kes positif keseluruhan kepada 312 kes. Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID19 juga naik kepada 13 orang menjadikan peratusan kadar kematian dan kes positif kepada 4.1666% setakat hari ini.

Sarawak turut mencatatkan 141 kes person under investigation yang baru menjadikan jumlah keseluruhan PUI kepada 2005 orang di mana 1548 adalah negatif dan 145 lagi masih menunggu laporan makmal

Taburan PUI berdasarkan daerah adalah seperti dibawah :

DaerahKes
Kuching100
Samarahan12
Miri10
Saratok5
Bintulu5
Bau 3
Serian2
Simunjan1
Sri Aman1
Betong1
Mukah1
Jumlah 141

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close