fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Warga Emas Maut Motosikal Ditunggangnya Dilanggar Sebuah Lori Treler, Bintulu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
6 Oktober 2020
Warga Emas Maut Motosikal Ditunggangnya Dilanggar Sebuah Lori Treler, Bintulu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Seorang warga emas telah meninggal dunia setelah motosikalnya dilanggar sebuah lori treler.

Warga Emas Maut Motosikal Ditunggangnya Dilanggar Sebuah Lori Treler, Bintulu. Lelaki warga emas telah meninggal dunia dilanggar lori treler di Kilometer 17, Jalan Bintulu-Miri Isnin semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sinan Lah, 62 tahun beralamat di Rumah Usah, Sungai Sebungan, Sebauh dipercayai maut dilokasi kejadian.

ADVERTISEMENT
Warga Emas Maut Motosikal Ditunggangnya Dilanggar Sebuah Lori Treler, Bintulu

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala

Pemeriksaan yang dijalankan oleh paramedik mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang parah di bahagian kepala, kata Superintenden Alexson di dalam satu kenyataan beliau.

Beliau pula berkata pemandu lori treler tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang berusia 30 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Warga Emas Maut Motosikal Ditunggangnya Dilanggar Sebuah Lori Treler, Bintulu

Kes akan disiasat dengan lebih lanjut lagi

Selain itu, beliau berkata bahawa siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian berlaku, lori tersebut sedang bergerak dari arah Miri menuju Bintulu sebelum lori treler tersebut melanggar mangsa yang hendak melintas jalan dari arah tengah pembahagi jalan menuju ke simpang masuk Rumah Awal.

ADVERTISEMENT

Siasatan yang terperinci akan dijalankan bagi mengambil tahu punca sebenar yang mengakibatkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa itu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

ADVERTISEMENT

Lagi disini:

Share70Tweet44SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy