fbpx
Cerita Borneo

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

Termasuk Rakyat Sarawak Sendiri.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini telah mengumumkan bahawa semua warganegara Malaysia yang mahu memasuki Sarawak perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak polis sebelum mendapatkan permohonan masuk dari JPBNS.

Peraturan baru ini turut terpakai untuk rakyat Sarawak sendiri.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan bahawa mana-mana individu yang ingin memasuki Sarawak perlu mendapatkan permit daripada pihak polis sebelum memohon kebenaran daripada JPBNS. Peraturan ini berkuatkuasa bermula hari ini, 19 Mei 2020.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Jelasnya lagi, pihak JPBNS tidak akan membenarkan individu memasuki Sarawak sekiranya mereka tidak mempunyai permit daripada pihak polis.

Keputusan Ini Selaras Dengan Arahan Di Peringkat Kerajaan Persekutuan

Syarat ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan iaitu larangan perjalanan rentas negeri.

Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan bahawa perjalanan rentas negeri semasa PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perjalanan yang telah mendapat permit daripada pihak polis sahaja yang dibenarkan semasa PKPB. Peraturan ini terpakai untuk perjalanan rentas dalam Semenanjung, Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang telah membeli tiket penerbangan tetapi tidak mempunyai permit polis akan dilarang untuk menaiki pesawat. Malah, mereka juga akan diarahkan untuk berpatah balik semasa melalui sekatan jalan raya di sekitar kawasan lapangan terbang.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini
Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

Pihak MKN turut menasihatkan orang ramai agar memohon permit terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian tiket sama ada melalui jalan darat mahu pun udara. Jika tidak, ia hanya akan merugikan diri sendiri.

Bagi mereka yang dibenarkan untuk ke Sarawak dan Sabah menerusi permit polis, para penumpang akan disaring setibanya di lapangan terbang negeri masing-masing.

Sempena musim perayaan ini, sambut lah perayaan dengan sederhana. Cegah gelombang kedua.

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button