fbpx
Cerita Borneo

Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja ‘Left Group’ Tugasan Semasa PKP

Hormati Guru Anda.

Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja ‘Left Group’ Tugasan Semasa PKP. Tatkala penjawat awam yang bergelar petugas hadapan mempertahankan keselamatan dan kesihatan negara, tanpa kita sedari golongan guru juga bekerja keras di sebalik situasi ini. Malah, tugasan mereka semakin mencabar kerana rutin mengajar yang selalunya dilakukan secara bersemuka harus dilakukan secara atas talian.

Oleh itu, mereka harus menguasai kaedah baru termasuk pelbagai aplikasi dalam talian demi menyampaikan ilmu untuk masa depan anak bangsa. Bagi guru-guru muda, ia tidaklah begitu rumit. Namun bagi guru-guru yang hampir di penghujung karier dan sudah biasa dengan kaedah konvensional, tentu kaedah ‘online’ adalah sesuatu yang janggal. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggagahkan diri untuk menguasai kemahiran sebegini akibat kekangan situasi masa kini.

Namun demikian, ada pula cerita yang kurang enak didengar. Di laman Twitter, seorang pengguna bernama M.K. Izzuddin telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelajar yang terang-terang tidak menghormati usaha guru mereka. Lebih parah, ada di antara mereka yang tergamak keluar daripada group di aplikasi yang digunakan.

Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja 'Left Group' Tugasan Semasa PKP
Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja ‘Left Group’ Tugasan Semasa PKP

Penyediaan PdPc ‘Online’ Perlukan Dedikasi Tinggi, Tetapi Tidak Dihargai

Beliau turut meluahkan tentang usaha para guru yang bertungkus lumus mencari bahan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Malah, membuat bahan-bahan PdPc secara ‘online’ memerlukan dedikasi yang tinggi. Lebih-lebih lagi untuk guru-guru lama.

Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja 'Left Group' Tugasan Semasa PKP

Bebenang yang telah mendapat perkongsian sebanyak 14.6K ulang kicau serta 14.1K tanda suka itu telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Rata-ratanya menyifatkan adab dan rasa hormat pelajar masa kini semakin kurang terhadap guru-guru mereka. Tidak kurang juga yang kecewa dengan sikap segelintir pelajar yang lebih mementingkan perasaan ‘cinta monyet’ daripada pelajaran.

Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja 'Left Group' Tugasan Semasa PKP

Anak murid tak pandai? Salah cikgu. Tak dapat keputusan cemerlang? Salah cikgu Akhlak kelaut? Salah cikgu. Tak buat kerja sekolah? Salah cikgu. Menghukum bertujuan mendidik? Salah cikgu. Memang akhir kata, semua salah cikgu. Tabahlah warga pendidik. Semoga terus kuat.

Netizen

Kadang2 malas nk beria2 sediakan bahan online class… yg paling sakit hati Whatsapp status update sokmo…pasal ‘hati remuk lah’…pasal ‘being single lah’…pasal ‘cintan-cintun’

Netizen

No wonder kalau budak2 baru masuk kerja ni, result gempak gila tapi adab kelaut. Skill kelaut. Orang kata sebab mereka tak matang lagi tapi saya percaya, benda ni yang mereka bawa sampai ke tua.

Netizen

My mom usually will update her lesson in google classroom or whatsapp tapi yang reply 2/12 students. Kadang paling ramai pun 5 orang je. Padahal tengok ws ramai je seen

Netizen
Warga Pendidik Kecewa Pelajar Sengaja 'Left Group' Tugasan Semasa PKP

Lebih menyedihkan, ada juga ibu bapa yang merungut kerana terpaksa memantau pembelajaran anak-anak di rumah walau pun telah diberi tugasan oleh guru kepada anak muridnya. Jika begini sikap anak dan ibu bapa terhadap guru, maka lupakan lah impian untuk melihat generasi bangsa masa depan maju.

Jadi, ibu bapa generasi baru ini perlulah memainkan peranan dalam mendisiplinkan anak-anak. Bidang perguruan ini bukan pekerjaan yang ringan, sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain. Guru hanya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik untuk memastikan anak-anak berilmu dan menjadi warga masyarakat yang berguna.

Sekiranya guru memaklumkan beberapa perkara mengenai anak anda, berilah perhatian dan pertimbangkan teguran terbabit dengan berhemah. Usahlah menyalahkan guru semata-mata. Kadang-kadang anak memerlukan perhatian daripada ibu bapa — everything starts from home.

Pesanan kepada para pelajar, menghormati guru tidak sukar. Perbuatan seen perbualan guru anda dalam group WhatsApp adalah sesuatu yang tidak sopan. Sebagaimana anda merasa diperlakukan sedemikian rupa, begitu juga perasaan guru-guru. Apatah lagi perkara yang disampaikan telah dihasilkan dengan penuh kesungguhan.5 Disebalik luangkan masa main game atau scroll dalam media sosial dalam telefon bimbit, gunakan masa terluang untuk menyiapkan tugas diberi oleh cikgu. Dalam 24 jam itu, hari-hari di rumah, takkan tak ada masa sikit pun untuk membuat kerja rumah yang diagih, kan?

Kepada para guru pula, difahamkan zaman ini sukar terutamanya cikgu-cikgu yang tak terlalu mahir dalam IT, jadi perubahan drastik ini memang agak mengejutkan juga dan perlu membiasakan diri. Mereka yang mahir IT pula, diharapkan kekal sabar dan teruskan usaha anda untuk mendidik murid-murid anda. Semoga guru-guru dan para pelajar kekalkan ketabahan ini untuk belajar secara digital dan murid mengamalkan disiplin tinggi dalam penyelesaian tanggungjawab mereka.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button