fbpx
Cerita Borneo

Warga Sabah Yang Kembali Diarah Lakukan Kuarantin Wajib Di Pusat Khas

Kerajaan Sabah mewajibkan warga Sabah yang kembali ke negeri untuk kuarantinkan diri

Warga Sabah Yang Kembali Diarah Lakukan Kuarantin Wajib Di Pusat Khas. Pengesanan kes Covid-19 di kalangan pelajar yang kembali ke Sabah mendorong kerajaan Sabah melaksanakan kuarantin selama 14 hari wajib di pusat yang dikhaskan untuk semua pelajar yang kembali ke negeri tersebut. Arahan tersebut dikuatkuasakan apabila beberapa pelajar diketahui tidak menjalankan kuarantin sendiri di rumah.

Lonjakan Kes Covid-19, Warga Sabah Yang Kembali Diarah Melakukan Kuarantin Wajib Di Pusat Khas
Warga Sabah Yang Kembali Diarah Lakukan Kuarantin Wajib Di Pusat Khas

Bermula dari semalam

Menurut NST, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata arahan tersebut dikuatkuasakan semenjak semalam. Beliau berkata peraturan baru itu disebabkan oleh peningkatan jumlah kes di Sabah sejak beberapa hari kebelakangan ini yang melibatkan kejadian dari negeri lain dan masalah pematuhan terhadap kuarantin di rumah.

“Perubahan pada SOP harus dilakukan untuk mengatasi jangkitan “kata beliau.

Sebelum ini, Kerajaan Sabah telah membenarkan sebanyak 12,000 pelajar dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak untuk berkuarantin di rumah dengan syarat mereka tidak mempunyai gejalan dan boleh dinilai oleh pegawai kesihatan.

Namun, sejak tiga hari kebelakangan ini, Sabah mencatat lonjakan 10 kes yang diimport termasuk dua pelajar, dengan beberapa daripadanya didapati melanggar arahan untuk kuarantin di rumah.

Dilaporkan juga bahawa tiga pelajar di Tawau yang pulang dari Kuala Lumpur pada 1 Mei dan 4 Mei kemungkinan akan didakwa kerana keluar dari rumah mereka semasa tempoh kuarantin di rumah. Tambahan pula, kumpulan baru yang digelar ‘IPT Sabah’ telah dikenal pasti dengan tiga kes yang melibatkan pelajar dari universiti tempatan di negeri negeri tersebut.

Dr Christina menambah semasa menjalankan kuarantin, pegawai perubatan akan membuat penilaian kesihatan bagi mereka yang diuji negatif untuk menghabiskan durasi kuarantin di rumah.

“Namun, izin itu bergantung dengan keadaan di rumah sama ada sesak atau menimbulkan risiko jangkitan kepada residen lain terutama kumpulan berisiko tinggi,” ujar beliau.

Pada hari Isnin lepas, 10 kes positif dikenal pasti di Sabah, termasuk pelajar-pelajar yang kembali dari Semenanjung Malaysia. Menurut beliau, daripada 7,000 pelajar di Sabah yang dibenarkan pulang, sebanyak 1,408 pelajar telah kemabli ke daerah masing-masing di Sabah. Manakala sebanyak 1,612 pelajar telah kembali ke Labuan, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Warga Sabah Yang Kembali Diarah Melakukan Kuarantin Wajib Di Pusat Khas
Datuk Dr. Christina Rundi menyatakan arahan untuk pelajar kuarantinkan diri di pusat khas dikuatkuasakan semenjak semalam. Kredit: NST

Sebuah premis hiburan di Sabah diserbu oleh anggota polis baru-baru ini. Baca selanjutnya di sini:

Di Indonesia, 5 perompak diwajibkan kuarantin dan disaring setelah merompak rumah pesakit Covid-19. Selanjutnya di artikel dibawah:

Artikel Berkaitan

Back to top button