fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak

Kedung BK Oleh Kedung BK
21 September 2020
Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Arahan terkini dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak

Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak. Mulai hari ini (21 September 2020), semua warganegara dan bukan warganegara yang ingin masuk ke Sarawak melalui Labuan atau Sabah dikehendaki mengisi ‘EnterSarawak‘ dengan menyertai dokumen sokongan yang diperlukan.

Mereka juga dikehendaki untuk menjalani ujian rT-PCR untuk Covid-19 tiga hari sebelum tarikh perjalanan.

Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak

Rakyat Sarawak dari luar negara akan di kuarantin di First Point Entry di Sarawak dan tidak dibenarkan untuk transit ke destinasi terkahir

Pengumuman ini dikatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas baru-baru ini.

ArtikelBerkaitan

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

TERKINI : PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 26 April Ini

Bagi bukan warganegara yang hendak masuk ke negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka dikehendaki untuk menjalani kuarantin di Kuala Lumpur sebelum masuk ke Sarawak.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia yang menggunakan penerbangan dari Pulau Pinang perlu mengambil ujian Covid-19 secara rawak setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Antara yang perlu menjalani ujian rT-PCR adalah mereka yang tiba ke Sarawak dari penerbangan dari Labuan, Sabah, dan Pulau Pinang.

Untuk warga Sarawak yang perlu berulang alik ke Brunei dan Sabah atas tujuan bekerja, mereka dikehendaki untuk mengambil surat khas dari JPB bahagian masing-masing iaitu Miri dan Limbang. Mereka juga perlu mengambil ujian Covid-19 setiap dua minggu sambil mengamal SOP.

Bagi pekerja sektor minyak dan gas yang perlu pergi ke pelantar minyak dan telah berada di Sarawak selama 30 hari tidak perlu untuk mengambil ujian Covid-19.

Pekerja dari luar Sarawak perlu mengambil ujian tersebut dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kos kuarantin selama 14 hari dan ujian Covid-19 sebanyak 2 kali dibiayai oleh syarikat/pelajar/institusi

Tambahannya lagi, untuk pekerja asing di dalam Sektor Pembinaan, Peladangan dan Pelajar Asing dibenarkan masuk ke Sarawak dengan syarat-syarat tertentu.

Antaranya adalah mempunyai permit kerja atau pengajian yang sah, memohon kepada JPBN Sarawak (case by case) serta mengisi ‘EnterSarawak’ secara online.

Kos kuarantin selama 14 hari dan Ujian COVID-19 sebanyak dua kali di biayai oleh Syarikat /Pelajar/Institusi berkenaan dan syarikat atau institusi perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pekerja dari Pintu Masuk (point of Entry ke Pusat Kurantin).

Lagi di sini:

Share114Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy