fbpx
Cerita Borneo

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Mana satu yang lebih senang digunakan?

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak? Adakah anda merupakan pengguna Waze? Atau anda lebih gemar menggunakan aplikasi Google Map? Kalau digunakan di Sarawak, mana satu pula yang lebih cun dan tepat?

Sedikit pengenalan ringkas tentang aplikasi ini ialah kedua-duanya dimiliki oleh Google. Namun, perbezaan yang ketara ialah Google Map menggunakan maklumat dari pangkalan datanya untuk menganalisa jalan yang paling pantas anda boleh gunakan.

Manakala bagi Waze pula, data yang dikumpul adalah daripada maklum balas pengguna atas talian yang tepat dengan masa (real-time). Maklumat tersebut kemudian digunakan untuk menentukan jalan yang paling efisien dan seboleh-bolehnya mengelakkan halangan agar anda cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua aplikasi ini apabila anda mahu menggunakannya untuk perjalanan di Sarawak.

Apa itu Waze?

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?
Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?
Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Kita mulakan dengan aplikasi Waze terlebih dahulu. Ia merupakan aplikasi navigasi percuma yang boleh digunakan untuk mod memandu dan juga mod penunggang motorsikal.

Seperti yang anda semua sedia maklum, aplikasi Waze lebih bersifat real-time. Oleh itu, ia mampu memberikan maklumat yang tepat berkaitan halangan di sesebuah jalan seperti kemalangan, penutupan jalan, perangkap kelajuan, sekatan jalan raya dan sebagainya.

Sebaik sahaja halangan ini dikemas kini dalam perjalanan anda, anda akan menerima notifikasi untuk menukar laluan anda. Malah, ia juga dilengkapi dengan anggaran masa sampai (estimated time arrival – ETA) berdasarkan keadaan trafik semasa.

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Waze juga berupaya untuk memantau kelajuan anda, jadi anda akan diberitahu sekiranya anda memandu terlalu laju.

Boleh main lagu, tukar suara audio penunjuk arah kesukaan anda

Satu lagi kelebihan Waze ialah anda boleh mendengar lagu di Spotify atau podkas melalui aplikasi tersebut. Malah, anda boleh menukar suara audio penunjuk arah kesukaan anda. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan suara selebriti atau pun merakam sendiri suara anda.

Namun, perkara yang kurang digemari tentang Waze ialah ia menggunakan data internet sepenuhnya untuk berfungsi.

Kami ringkaskan ciri-ciri Waze seperti berikut :

  • Maklumat real-time trafik disumbangkan oleh pengguna Waze
  • Dapat mengetahui halangan seperti kemalangan, penutupan jalan, perangkap kelajuan, sekatan jalan raya dan sebagainya.
  • Hantar notifikasi untuk anda menukar laluan sekiranya laluan menjadi sesak dan lambat.
  • Memberikan anda anggaran masa sampai (ETA)
  • Boleh pantau kelajuan pemanduan anda.
  • Boleh dengar lagu dari Spotify dan podkas tanpa perlu keluar dari Waze.
  • Boleh tukar suara audio penunjuk arah.
  • Mempunyai mod untuk penunggang motorsikal.
  • Perlu data internet.

Bagaimana pula dengan Google Maps?

Google Maps merupakan sebuah aplikasi navigasi standard yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis pengguna jalan raya sama ada pemandu kereta, penunggang motorsikal, berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam.

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Bukan itu sahaja, Google Maps akan menunjukkan tempat-tempat wajib kunjung (landmark) atau tempat menarik di sepanjang laluan yang anda gunakan. Ini lah kelebihan Google Maps di mana ia dapat memberikan bayangan lokasi yang anda tuju.

Bagi individu yang pertama kali sampai ke sesebuah destinasi atau lokasi, tentunya ia sangat berguna untuk memberi gambaran awal tentang perjalanan anda.

Boleh guna fungsi Google yang lain melalui Google Maps

Google Maps juga mengintegrasikan aplikasi ini dengan aplikasi Google yang lain seperti Google Assistant, Google Street View, dan Google Search. Jadi, anda boleh terus menggunakan ciri yang sama dalam satu aplikasi sahaja.

Dalam versi terbaharu, Google Maps telah menambah ciri yang seakan-akan sama seperti Waze iaitu kemas kini trafik real-time. Malah, anda boleh terus mencari kedai atau tempat yang menyediakan perkhidmatan bawa pulang (takeout) serta penghantaran.

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Mesra komuniti

Boleh dikatakan bahawa Google Maps adalah sebuah aplikasi yang mesra komuniti kerana ia turut menyenaraikan kedai-kedai tempatan beserta menu, waktu operasi dan nombor telefon.

Walau bagaimanapun, antara muka atau user interface Google Maps masih kelihatan tradisional dengan informasi yang terlalu banyak pada paparan peta. Kadang kala ia boleh menyemakkan pengguna semasa melihat paparan.

Secara ringkas nya, Google Maps menawarkan kepada anda ciri-ciri seperti berikut :

  • Boleh digunakan oleh pelbagai pengguna jalan raya (pejalan kaki, pemandu kereta, penunggang motorsikal, penunggang basikal dan penumpang pengangkutan awam).
  • Menyenaraikan landmark atau tempat menarik yang ada di sepanjang laluan.
  • Berintegrasi dengan aplikasi Google yang lain seperti Google Assistant, Google Street View, dan Google Search.
  • Mempunyai kemas kini trafik real-time.
  • Boleh terus cari kedai atau tempat sediakan perkhidmatan bawa pulang (takeout) atau penghantaran.
  • Boleh digunakan secara online dan offline.
  • Paparan tradisional yang memaparkan terlalu banyak informasi.

Jadi, Waze atau Google Maps?

Melalui pengalaman menggunakan kedua-dua aplikasi ini, kami berpendapat bahawa Google Maps lebih senang digunakan di Sarawak berbanding Waze kerana laluannya yang lebih terkini dan up-to-date.

Waze Atau Google Map, Mana Satu Lebih Tepat Digunakan Di Sarawak?

Walau pun Waze mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi bantuan semasa pemanduan, tetapi pengguna Waze di Sarawak tidak seramai pengguna Google Maps. Oleh itu, sistem kemas kini trafik secara real-time tidak begitu relevan kerana keadaan trafik dalam aplikasi Waze adalah berdasarkan sumbangan pengguna Waze.

Namun, sekiranya lebih ramai pengguna di Sarawak menggunakan Waze, pastinya aplikasi tersebut tidak menjadi suatu masalah digunakan. Malah, mungkin boleh mengatasi keupayaan Google Maps.

Satu kelebihan Google Maps berbanding Waze pula adalah dari segi keupayaan aplikasi tersebut yang boleh digunakan secara online mahupun offline. Memandangkan jalan raya di Sarawak masih berada dalam kawasan berbukit dan hutan, jadi capaian internet yang tidak stabil semasa perjalanan boleh mengganggu penunjuk arah.

Dengan Google Maps, para pengguna tidak perlu risau sekiranya kawasan yang dilalui tiada liputan internet.

Apa pendapat anda? Adakah anda lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Adakah Maxim berjaya menjadi pencabar Grab dan MyCar di Sarawak? Baca selanjutnya di sini :

Ini pula panduan untuk anda memandu menggunakan jalan pesisir di Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close