fbpx
Cerita Borneo

WHO Beri Amaran Pandemik Belum Capai Klimaks, Kes Bertambah 2 Kali Ganda Di Seluruh Dunia

Situasi di Asia Tenggara dan Amerika semakin teruk

WHO Beri Amaran Pandemik Belum Capai Klimaks, Kes Bertambah 2 Kali Ganda Di Seluruh Dunia. Walau pun situasi di Malaysia kini semakin reda, namun kita semua tidak boleh leka dalam usaha membasmi penularan pandemik COVID-19.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), situasi pandemik di seluruh dunia kini meningkat dengan mendadak. Malah, ia berada pada tahap yang membimbangkan dan semakin parah.

Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah WHO, memberitahu bahawa trend pandemik ini di seluruh dunia sebenarnya belum mencapai kemuncak.

WHO Beri Amaran Pandemik Belum Capai Klimaks, Kes Bertambah 2 Kali Ganda Di Seluruh Dunia
Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah WHO.

Beliau turut memberi amaran bahawa keadaan pandemik di kebanyakan negara di dunia adalah tidak terkawal. Bahkan, situasi kini menjadi semakin buruk.

Bilangan kes pandemik di seluruh dunia juga bertambah 2 kali ganda dalam masa 6 minggu kebelakangan ini.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah United Kingdom melonggarkan perintah kuarantin untuk individu keluar dan masuk ke UK dari 76 negara pada Jumaat lalu. Kelonggaran tersebut menyaksikan individu yang berkaitan tidak perlu lagi menjalani perintah pengasingan kendiri selama 14 hari.

Dalam perkembangan lain, Afrika Selatan kembali menguatkuasakan perintah berkurung waktu malam akibat peningkatan semula kes di negara terbabit. Perintah berkurung waktu malam itu bermula pada jam 9 malam hingga 4 pagi.

Kini, terdapat lebih 11.8 juta kes dilaporkan kepada WHO. Lebih daripada 544,000 nyawa pula telah hilang akibat virus ini.

Di Malaysia pula, kes harian kini telah mencecah satu angka dengan peratusan kes sembuh ialah sebanyak 97.65%. Kes aktif setakat hari ini pula ialah sebanyak 83 kes. Negara juga sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.

WHO Beri Amaran Pandemik Belum Capai Klimaks, Kes Bertambah 2 Kali Ganda Di Seluruh Dunia
WHO Beri Amaran Pandemik Belum Capai Klimaks, Kes Bertambah 2 Kali Ganda Di Seluruh Dunia

Walau bagaimanapun, Sarawak kembali mencatatkan kes jangkitan terbaharu selama 3 hari berturut-turut sehingga semalam. Sebuah kluster baru juga dikenal pasti iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraan. Seorang pesakit yang baru sahaja disahkan positif pula meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Diharap anda semua tidak leka dan sentiasa menjaga jarak selamat. Elakkan berada di tempat yang sesak, sentiasa pakai pelitup muka dan bawa pensanitasi tangan.

Perjuangan belum selesai. Kita jaga kita.

Lagi artikel yang berkaitan :

Sumber
The Sun UK

Artikel Berkaitan

Back to top button