fbpx
Cerita Borneo

“You Are Our Heroes,” Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner

Sebagai penghargaan kepada mereka yang bekerja keras selama PKP

“You Are Our Heroes,” Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner. Sebagai tanda terima kasih kepada para frontliner yang bekerja keras melaksanakan tugas masing-masing sepanjang PKP, Lyfe telah menjalankan sebuah kempen untuk menyokong para frontliner termasuk tukang delivery daripada syarikat lain sepanjang minggu ini, mulai 1 Mei hingga 7 Mei.

"You Are Our Heroes," Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner
“You Are Our Heroes,” Lyfe Jalankan Kempen Memberi Penghargaan Kepada Para Frontliner

Staff kesihatan, anggota polis dan berkaitan, serta tukang delivery daripada syarikat lain disokong

Sepanjang kempen ini, Lyfe telah menyediakan sebanyak 2000 makanan untuk dihantarkan kepada para frontliner yang bertugas sepanjang PKP. Para frontliner seperti staff kesihatan, malah anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya diberikan makanan secara percuma.

Bukan sahaja staff kesihatan dan anggota polis serta tentera diberi penghargaan, malah tukang penghantar makanan daripada syarikat food delivery lain dan juga mereka yang bekerja dalam sektor makanan juga diberi makanan percuma! Even during PKP, everybody is working together tanpa pedulikan saingan.

Tak lupa juga hospital-hospital dan pusat kesihatan yang juga dikunjung oleh para runner Lyfe iaitu Hospital Umum Sarawak, Pusat Belia Sukan, Hospital Timberland, Hospital KPJ, Hospital Normah, Hospital BMC dan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

In hard times, we remember those who have worked hard for us

Terima kasih kepada Lyfe atas sumbangan mereka kepada para frontliner kita. Kepada frontliners kita yang telah bekerja keras sepanjang PKP, terima kasih diucapkan atas pengorbanan masa dan tenaga anda semua. Usaha anda semua akan sentiasa diingati oleh masyarakat dalam tahun-tahun akan datang kerana anda telah memainkan peranan besar dalam peristiwa bersejarah in modern history! Semoga segala urusan dipermudahkan and stay safe!

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close