• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Oleh
Aina Musa
3 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Chef Wan Komen Masakan Di Tawau 'Sepesen', Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Chef Wan kongsi pengalaman ketika di Tawau

Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen. Semalam media sosial dihebohkan dengan satu perkongsian daripada chef selebriti ternama, Chef Wan berkenaan pengalamannya menikmati hidangan ketika berada di Tawau Sabah.

Menurutnya rata-rata masakan restoran di Tawau dikatakan 90% ‘sepesen’ atau sama sahaja cara masakannya berdasarkan pandangannya.

Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen. Kredit: Instagram

Bahkan, makanan di hotel penginapannya juga menghidangkan sajian yang hampir sama di restoran-restoran luar.

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, beliau menegaskan bahawa tukang masak tempatan di Sabah, khususnya di Tawau untuk rajin meneroka dan mempamerkan kepelbagaian masakan Malaysia melangkaui “hidangan Cina Sabahan” yang lazim dihidangkan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menegur kebanyakan makanan yang dihidangkan juga menggunakan gula dan MSG yang berlebihan.

Kebanyakan makanan laut juga diolah serupa iaitu dimasak dengan cara ‘sweet and sour’ dan ‘butter milk’ termasuk lobster sehingga menghilangkan rasa manis dan segar seafood tersebut.

Walaupun begitu, beliau tetap memuji masakan di Tawau sedap dan enak tetapi cara masakannya terlalu common dan serupa.

Oleh itu, beliau berharap tukang masak di daerah tersebut untuk mencuba sesuatu yang lebih baru dari segi teknik masakan, cara masakan dan bahan-bahan yang lebih rare untuk menambahkan lagi kepelbagaian sajian di Tawau.

Ini antara reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai pandangan Chef Wan.

Menurut netizen, mereka menyambut baik komen tersebut dan menganggap pandangan daripada Chef Wan merupakan komen yang membina dan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.

Tambah netizen, beliau turut memberi pandangan di mana makanan di sekitar Tawau kebanyakkannya terlebih gula dan MSG.

Disebalik komen tersebut sebenarnya Chef Wan ingin menasihati tukang masak supaya mengurangkan kedua-dua bahan tersebut untuk tujuan kesihatan.

Baca lagi artikel menarik:

Lain Dari Yang Lain, Laksa Sarawak Jadi Buruan ‘Hantu Laksa’ Di Pesta Laksa Terbesar Perak
Dianggap ‘Tradisi Karut’, Komen Individu Terhadap Pakaian Borneo Ini Buat Netizeng Bengang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dianggap 'Tradisi Karut', Komen Individu Terhadap Pakaian Borneo Ini Buat Netizeng Bengang Dianggap ‘Tradisi Karut’, Komen Individu Terhadap Pakaian Borneo Ini Buat Netizeng Bengang
Next Article Ada Pelbagai Hidangan Menarik, Kafe Abah Wan Di Kuching Ini Jadi Kegemaran Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?