• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta

Oleh
Ismail NA
17 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Arahan Ini Diumumkan Oleh Ketua Menteri Sabah

Kerajaan Sabah pada hari ini telah mengeluarkan arahan untuk menghalang rakyat yang bukan berasal dari Sabah untuk memasuki negeri tersebut. Arahan tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan berkuat kuasa serta merta.

COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta
Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Mohd Syafie Apdal

Jelasnya, semua rakyat bukan Sabah yang perlu memasuki negeri ini perlu mendapatkan keizinan khas dari kerajaan negeri dan menyertakan pengesahan kesihatan bahawa mereka bebas daripada COVID-19.

Penguatkuasaan ini merangkumi pengangkutan udara, laut dan darat. Selain itu, rakyat Sabah juga tidak dibenarkan ke luar negara bermula perintah kawalan pergerakan. Rakyat Sabah yang pulang dari luar negara pula dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin kendiri secara sukarela selama 14 hari.

COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta
COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta
COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta

Klik di sini untuk senarai penuh : Siaran Media Ketua Menteri Sabah Berkaitan COVID-19 (17 Mac 2020)

Pejabat Perkhidmatan Asas Dibuka Seperti Yang Diumumkan Perdana Menteri

Kerajaan Sabah juga turut memantau rapi sebarang perkembangan semasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok. Beliau turut memaklumkan perkhidmatan asas yang bakal beroperasi adalah seperti berikut;

  • Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Sabah
  • Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  • Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
  • Jabatan Pertanian Sabah
  • Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah
  • Jabatan Air Negeri Sabah

Selain itu, langkah awal yang telah diambil oleh kerajaan Sabah dalam menangani kes jangkitan COVID-19 ialah dengan membatalkan perayaan utama Sabah iaitu Pesta Kaamatan dan Pesta Kalimaran. Kesemua aktiviti keagamaan di semua pusat keagamaan di seluruh negeri Sabah juga turut ditangguhkan selama 10 hari iaitu sehingga 27 Mac 2020. Sepanjang tempoh tersebut, pusat keagamaan ini disarankan untuk menjalankan proses pembersihan dan desinfeksi.

Sebuah pusat operasi negeri juga telah diaktifkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah untuk menangani kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID 19 : 120 Kes Baru Dan 2 Kes Kematian Di Sarawak Dan Johor Dilaporkan COVID 19 : 120 Kes Baru Dan 2 Kes Kematian Di Sarawak Dan Johor Dilaporkan
Next Article Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?