• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru

Oleh
ILB - AI
13 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Mencatat PUI Paling Terbanyak Hari Ini

Hati-hati, guys…

COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru. Hari ini, ia dilaporkan sebanyak 76 kes terbaharu person-under-investigation (PUI) mengenai Covid-19. Dari jumlah ini, 48 kes dilapor di Hospital Umum Sarawak, 18 kes di Miri, 6 di Mukah, 2 kes di Lawas dan seorang di Hospital Sibu dan Hospital Bintulu. Dengan kes-kes terbaharu ini, Sarawak mencatat sebanyak 338 PUI kes sejak 10 Januari, dimana 240 kes disahkan negatif manakala 95 kes lagi tengah menunggu keputusan ujian dari makmal.

COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru
Kredit: The Edge Markets

Tiga Pesakit Disahkan Positif Di Kuching

Menurut Borneo Post, setakat ini tiga pesakit yang berasal dari Kuching disahkan positif Covid-19 dalam negeri ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah menyatakan dua daripada pesakit positif ini telah menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac manakala seorang lagi adalah salah satu ahli keluarga mereka.

Sehingga pukul 11AM hari ini (13 Mac 2020), Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan saringan terhadap 15,684 ketibaan ke Sarawak di semua lapangan terbang, termasuk laut dan darat. Sejak 1 Februari yang lalu sehingga kini, jumlah ketibaan yang disaring adalah sebanyak 473,154.

COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru
COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru. Kredit: NST

Sebanyak 236 peserta itjimak tabligh sudah dikenal pasti

Jabatan Kesihatan negeri sudah mengenal pasti 236 peserta yang menghadiri itjimak tabligh tersebut dan kini masih mencari peserta-peserta yang lain. Antara yang dikenalpastikan, 173 orang telah ditahan di bawah pengawasan rumah, terdiri daripada warga Kuching sebanyak 22 orang, Samarahan sebanyak 57 orang, Sibu dengan sebanyak 21 orang, seorang warga Kapit, 8 dari Serian, 11 dari Miri, Bintulu dengan sebanyak 29 orang, 7 dari Betong, 14 dari Mukah dan 3 dari Sri Aman.

Sebanyak 63 dari peserta yang diklasifikasi sebagai PUI adalah 6 warga Kuching, 3 dari Samarahan, 5 dari Sibu, 3 dari Sarikei, seorang warga Serian, 26 dari Limbang dan seorang dari Mukah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dilaporkan berkata jabatan kesihatan negeri sedang mencari 200 orang lagi yang menghadiri itjimak tabligh tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menjamin orang ramai bahawa jabatan kesihatan negeri bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul daripada pandemik Covid-19.

COVID-19 : Sarawak Mencatat PUI Terbanyak Hari Ini Dengan 76 Kes Baru
Dato Sri Dr Sim Kui Hian dilaporkan mengata mereka kini tengah mencari peserta-peserta yang lain. Kredit: DayakDaily

Pusat kuarantin telah ditubuhkan dan sedia untuk beroperasi

Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sudah mempunyai pusat kuarantin bagi mereka yang terjejas. Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri meminta kerjasama warga Sarawak untuk tidak berkongsi berita palsu yang tidak sahih mengenaik Covid-19 melalui platform media sosial, mesej sosial atau media cetak.

“Apa-apa kemas kini rasmi rasmi atau maklumat mengenai Covid-19 akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” kata sekretariat jawatankuasa tersebut.

Kredit: Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasar Raya Kuching Mula Diserang. Seperti Biasa, Tisu Laku Keras Pasar Raya Kuching Mula Diserang. Seperti Biasa, Tisu Laku Keras
Next Article COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?