• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

COVID19 : Sarawak Catat 1 Lagi Kematian, 15 Lagi Kes Positif COVID19 Dan 70 PUI

Oleh
ILB - AI
4 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Statistik terbaru tersebut diumumkan ketika Sidang Media COVID19 Sarawak

COVID19 : Sarawak Catat 1 Lagi Kematian, 15 Lagi Kes Positif COVID19 Dan 70 PUI. Sarawak hari ini mencatat 1 lagi kematian akibat COVID19 menjadikan kes kematian akibat COVID19 meningkat kepada 10 kes. Kes kematian terbaru ini dicatatkan di Hospital Umum Sarawak. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari Kampung Demak Baru, Kuching. Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac yang lepas, disahkan positif pada 1 April dan meninggal pada 3 April pada pukul 4.16 petang.

Isi Isi Penting
  • Statistik terbaru tersebut diumumkan ketika Sidang Media COVID19 Sarawak
  • 15 Kes Baru Positif COVID19
  • 70 Kes Baru Person Under Investigation
  • Berikut Adalah Statistik PUI Mengikut Daerah :

15 Kes Baru Positif COVID19

Sarawak turut mencatatkan 15 lagi kes baru positif COVID19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan positif COVID19 di Sarawak kepada 254 kes sejak kes pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Kesemua 15 kes ini kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

70 Kes Baru Person Under Investigation

70 kes baru person under investigation atau PUI turut dicatatkan di Sarawak hari ini. Ini menjadikan kes keseluruhan untuk PUI di Sarawak sebanyak 1579 kes setakat ini. Daripada jumlah keseluruhan ini, 1135 kes adalah negatif dan 190 kes masih menunggu keputusan makmal. Bandaraya Kuching mencatatkan sebanyak 44 kes PUI terbaru, 2 kes disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan selebihnya disaring di Hospital Umum Sarawak.

Berikut Adalah Statistik PUI Mengikut Daerah :

DaerahKes
Kuching44
Miri11
Serian8
Samarahan5
Sri Aman1
Bintulu1

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Malaysia Catat 150 Kes Positif Baharu, 88 Kes Sembuh Hari Ini
Next Article Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?