• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuaca Panas Dan Strok Haba, Kerajaan Bincang Lanjutan Cuti Sekolah

Oleh
Aina Musa
29 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Cuaca Panas Dan Strok Haba, Kerajaan Bincang Lanjutan Cuti Sekolah

2 kematian dicatatkan akibat strok haba

Cuaca Panas Dan Strok Haba, Kerajaan Bincang Lanjutan Cuti Sekolah. Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bermesyuarat dan melaksanakan usaha penyelarasan dengan pelbagai kementerian serta jabatan yang berkaitan.

Cuaca Panas Dan Strok Haba, Kerajaan Bincang Lanjutan Cuti Sekolah. Kredit: Astro Awani

“Saya fikir itu (pelanjutan cuti sekolah) harus dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri… Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, kita telah mengkoordinasikan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja untuk memantau tetapi juga membantu mereka yang terkena strok haba disebabkan perubahan cuaca ini,” katanya.

Jangan lupa jaga kesihatan anda dan anak-anak!

Beliau berkata KKM juga telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang timbul susulan fenomena itu.

“Kita menasihati rakyat di kawasan yang dilanda haba panas agar minum air lebih banyak… tetapi saya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa haba panas ini akan berakhir pada pertengahan Mei.

“Jadi saya berharap walaupun ini satu fenomena baharu tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan,” katanya.

Ahmad Zahid ditanya sama ada wujud keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah susulan kejadian strok haba dan langkah kerajaan dalam mengatasi fenomena haba panas ketika ini.

Lanjutan cuti sekolah bakal dibincangkan

Sejak Rabu, terdapat dua kematian di Kelantan dipercayai akibat strok haba melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan.

Baca lagi artikel terkini:

Penangan Lagu Hasrat, Amir Jahari Bakal Adakan Konsert Mini 30 April Ini Di Kuching
Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Sayang Nak Buang..', Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik ‘Sayang Nak Buang..’, Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik
Next Article Kasut Wanita Serendah RM 10, AEON Mall Kuching Central Kini Adakan ‘Clearance Sale’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?