• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Bekalan Elektrik Untuk Lombong Bitcoin, Lelaki 24 Tahun Miliki Akses Kepada Premis Tersebut Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
20 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Kota Samarahan.

Curi Bekalan Elektrik Untuk Lombong Bitcoin, Lelaki 24 Tahun Miliki Akses Kepada Premis Tersebut Ditahan. Dipetik daripada Utusan Borneo, pada hari Sabtu, pihak berkuasa telah menumpaskan kegiatan perlombongan mata wang kripto (Bitcoin) secara haram di sebuah premis di Kota Samarahan. 

Curi Bekalan Elektrik Untuk Lombong Bitcoin, Lelaki 24 Tahun Miliki Akses Kepada Premis Tersebut Ditahan
Curi Bekalan Elektrik Untuk Lombong Bitcoin, Lelaki 24 Tahun Miliki Akses Kepada Premis Tersebut Ditahan. Kredit gambar: The Borneo Post

Tindakan itu dilakukan menerusi Op Mining

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram, tindakan itu dilakukan menerusi Op Mining oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bersama Sarawak Energy Berhad sekitar jam 1.40 petang semalam. 

Beliau berkata bahawa, dalam operasi tersebut pihaknya membuat serbuan ke atas sebuah premis di kawasan Kuching Outer Ring Road Uni Capital.

“Hasil pemeriksaan mendapati penyambungan elektrik secara haram telah dilakukan daripada semua aliran pendawaian ke suis utama di bangunan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan, pada hari ini. 

Curi Bekalan Elektrik Untuk Lombong Bitcoin, Lelaki 24 Tahun Miliki Akses Kepada Premis Tersebut Ditahan
Kredit gambar: Utusan Borneo

Pasukan polis terpaksa bertindak memotong mangga pintu

Tambah beliau lagi, sebelum serbuan dilakukan, pasukan terpaksa bertindak memotong mangga pintu sebelum memecah masuk ke dalam permis. 

“Dalam Op berkenaan, polis merampas 131 unit mesin perlombongan (mining Bitcoin), enam unit penghala (router) manakala satu unit masing-masing monitor komputer, unit pemprosesan pusat (CPU), papan kekunci dan tetikus,” jelas beliau.

Beliau berkata, kesemua rampasan tersebut telah pun dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan yang selanjutnya.

Dalam operasi yang sama juga, polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas sorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang dipercayai mempunyai akses kepada premis tersebut untuk membantu siasatan, tambah beliau lagi.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempadan Negeri Bakal Dibuka, Sarawak Ikut Masuk Fasa Endemik Mulai 1 April Ini
Next Article Kempunan Makan KFC, Tindakan Abang Rider Di Bintulu Yang Sanggup Redah Sungai Untuk Hantar Makanan Dipuji Netizen Kempunan Makan KFC, Tindakan Abang Rider Di Bintulu Yang Sanggup Redah Sungai Untuk Hantar Makanan Dipuji Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?