• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K

Oleh
Nazihah AN
4 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K

Lelaki ini dikenakan denda atas dua kesalahan jenayah yang berbeza

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K. Telah dilaporkan seorang penganggur dikenakan denda RM3,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memecah masuk rumah seorang lelaki dan mencuri sepasang kasut sekolah.

Dipetik dari Utusan Borneo, suspek Mohd Syafik Wahad, 25 tahun, mengakui kedua-dua pertuduhan tersebut setelah dibacakan di bawah seksyen berasingan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K
Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K. Gambar sekadar hiasan

Suspek melakukan jenayah tersebut sekitar jam 1 pagi

Di bawah pertuduhan pertama mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa menceroboh masuk ke kawasan kediaman milik lelaki berusia 44 tahun (mangsa/ pengadu) dengan niat untuk mencuri. Pertuduhan kedua mengikut seksyen 379 Kanun Jenayah ialah tertuduh didakwa mencuri sepasang kasut sekolah yang diletakkan di luar balkoni hadapan rumah mangsa.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua jenayah yang dilakukan suspek itu dikatakan berlaku sekitar jam 1 pagi pada 18 Jun lalu di rumah mangsa di Kampung Semariang Batu, Petra Jaya.

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K
Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K. Sumber gambar: Dayakdaily

Suspek tidak diwakili peguam

Menurut keterangan kes, mangsa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian dan mendapati seorang individu yang merupakan penduduk kampung tetapi tidak diketahui namanya (suspek) memasuki laman rumah mangsa.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan kepada polis dan suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sekitar jam 11 pagi 22 Jun lalu.

Sementara itu, Majistret Zaiton Anuar memerintahkan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama dan RM2,000 atau lima bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa raya ASP Rogayah Rosli, manakala suspek tidak diwakili peguam.

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K
Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K

Filem Mat Kilau dijangka mampu dapat kutipan tertinggi mencantas filem Munafik 2 di carta box office tempatan. Baca di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Jijik Lihat Sekumpulan Lelaki Rilek Peluk Pelayan Wanita Berpakaian Ketat
Next Article Jom Nikmati Aneka Jenis Dim Sum Lazat Di Nu Er Hong Pullman Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?