• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis

Oleh
Nazihah AN
21 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis

Kes ini dikatakan berlaku di Bintulu, Kanowit, Miri, Bandaraya Kuching, Petra Jaya, Sibu, Bau dan Kota Padawan.

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis. Siasatan sedang dijalankan terhadap lapan laporan polis yang dibuat oleh individu yang mendakwa identiti mereka telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi pada hari Sabtu.

Menurut jurucakap polis Sarawak bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Supt Douglas Nyeging Taong, kes ini dikatakan berlaku di Bintulu, Kanowit, Miri, Bandaraya Kuching, Petra Jaya, Sibu, Bau dan Kota Padawan.

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis
Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis. Gambar sekadar hiasan

Kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk penyamaran.

Tambah beliau, polis Sarawak turut menerima laporan daripada seorang pengundi di Krokop, Miri yang menuntut jawapan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengapa dilarang bagi mana-mana pengundi membawa telefon pintar mereka ke pusat pengundian semasa proses pengundian.

“Kes-kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk penyamaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat juga laporan polis yang diterima daripada seorang pengundi di Kampung Pulo Ulu di Petra Jaya, yang mendakwa dia dinafikan kertas undi baharu selepas memberitahu pekerja SPR bahawa kertas undi yang diberikan kepadanya sebelum ini rosak akibat dakwat kekal pada jari dia.

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis
gambar sekadar hiasan

“Beliau berkata pekerja SPR yang bertugas memberitahunya bahawa hanya satu undi disediakan untuk setiap pengundi.

“Pengadu juga mendakwa dia terpaksa memasukkan kertas undi rosak ke dalam peti undi,” kata Douglas.

Menerusi laporan media tempatan, laporan polis diterima di Padawan daripada seorang pengundi yang mendakwa video dimuat naik oleh sebuah parti politik pada pukul 4.30 petang Sabtu.

“Pengadu mendakwa video itu menunjukkan ahli parti masih berkempen pada hari pengundian, yang tidak dibenarkan oleh SPR,” kata Douglas.

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis
gambar sekadar hiasan

Pengadu mendakwa dua individu ini sedang membeli undi.

Di Kanowit, beliau berkata laporan polis telah dibuat terhadap dua individu yang dikatakan berkeliaran di sekitar pusat mengundi di SK Shing Hua di Sungai Lukuk, pada 10.35 pagi Sabtu.

“Pengadu mendakwa dua individu ini sedang membeli undi. Rakaman video mereka turut dirakam pengadu sebagai bukti,” katanya.

Sementara itu, Douglas berkata polis memuji setiap rakyat Sarawak kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang hari pengundian, membolehkan proses itu dijalankan dengan selamat dan aman.

Dakwa Identiti Diguna Oleh Orang Lain Di Beberapa Tempat Di Sarawak, Suspek Kini Dicari Polis
gambar sekadar hiasan
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tumpas Kepada Ecuador, Qatar Jadi Tuan Rumah Pertama Tewas Dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia
Next Article [PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching [PART 2] Penggemar Manisan, Ini Adalah 7 Kafe Pastri Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?