• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Indonesia Pergi Ke Malaysia, Hanya Modal RM1

Oleh
ILB - AI
18 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Prosedur atau cara yang mudah untuk ke Malaysia

Dari Indonesia Pergi Ke Malaysia, Hanya Modal RM1. Seorang warga Indonesia memuat naik satu hantaran video mengenai cara perjalanan dari Indonesia ke Malaysia dengan hanya kos RM1 sahaja.

Menerusi video perkongsiannya di laman TikTok itu, beliau menjelaskan startegi yang mudah untuk melancong ke Malaysia dengan modal RM1.

@pandusw

Pergi dari Indonesia ke Malaysia bayar ongkos 1 ringgit aja? Ternyata bisa! Setelah kamu melewati pos Immigration Tebedu, disana ada bus yang biasa dinaiki warga perbatasan untuk pergi belanja di daerah Serian. Kamu berani coba? #JalanJalanTraveling #VlogJalanjalan #pergikemalaysia #malaysia #kalimantanbarat #traveljourney #TravelVlog #kalbar #borneo

♬ Wes Anderson-esque Cute Acoustic – Kenji Ueda

Prosedurnya adalah seperti berikut:

1. Selepas melepasi pos Imigresen Tebedu, terdapat bas yang biasa dinaiki penduduk sempadan untuk pergi membeli-belah di kawasan Serian, Sarawak. Dari pintu sempadan Entikong dan Terbedu, anda hanya perlu berjalan beberapa ratus meter ke perhentian bas RM1.

Dari Indonesia Pergi Ke Malaysia, Hanya Modal RM1
Sumber: TikTok

2. Bas ini mempunyai kod S19 dengan tujuan untuk ke Tebedu, Serian yang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan. Di sini anda akan bersama penduduk sempadan yang ingin ke pasar untuk membeli belah. Jadi anda merasakan seperti orang tempatan.

Dari Indonesia Pergi Ke Malaysia, Hanya Modal RM1
Sumber: TikTok

3. Untuk pembayaran, anda boleh membayar tambang RM1 terus kepada pemandu. Jadi sediakan wang untuk membuat pembayaran kepada pemandu. Bus ini juga masuk ke perkampungan warga untuk mengangkut penumpang lainnya.

Dari Indonesia Pergi Ke Malaysia, Hanya Modal RM1
Sumber: TikTok

4. Sampai di terminal serian, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan bergoreng dan juga minuman. Jangan lupa, buat pembayaran menggunakan ringgit kerana sudah berada di negara Malaysia.

Sumber: TikTok

5. Setelah puas mengelilingi Kota Serian, tibalah masanya untuk pulang ke Indonesia dengan menaiki bas yang sama.

Sumber: TikTok

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sepanjang perjalanan, anda juga boleh menikmati pemandangan bukit eksotik. Semasa di dalam bus, anda boleh lihat peralihan dari pemandangan luar bandar ke bandar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Sarawak menyeru serta menggalakkannya melawat bandar Kuching untuk pengalaman yang menakjubkan. Bahkan, rakyat Sarawak menyambutnya dengan mesra.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Taiwan Hentikan Jualan Mi Segera Dari Malaysia & Indonesia, Dakwa Ada Bahan Penyebab Kanser
Hidang Nasi Padang Autentik Indonesia, Anda Perlu Cuba Di TT3 Corner Tabuan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu Cawangan Pertama Di Sabah, Rotiboy Kini Di Kota Kinabalu
Next Article Ajak Orang Ramai Tolak 'Program Laknat', PAS Kaitkan Konsert Coldplay Dengan Bencana Alam Ajak Orang Ramai Tolak ‘Program Laknat’, PAS Kaitkan Konsert Coldplay Dengan Bencana Alam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?