• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian

Oleh
Aina Musa
23 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian

Warga emas berusia 67 tahun maut dilokasi kejadian

Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian. Seorang lelaki warga emas maut, manakala cucunya parah selepas terlibat kemalangan di kilometer 42 Jalan Kuching-Serian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata mangsa berusia 67 tahun itu semasa kejadian bersama cucu lelakinga yang berusia 6 tahun menaiki sebuah motosikal iaitu sekitar jam 4.50 petang.

Menurutnya, mangsa dipercayai keluar dari simpang Jalan Sungai Barie lalu dirempuh sebuah kenderaan jenis pikap menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari atas motosikal.

Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian
Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian. Kredit: Utusan Borneo

Dilanggar oleh pikap dari arah belakang

“Siasatan awal mendapati pikap tersebut bergerak dari arah Samarahan menuju ke Serian dan dikatakan mangsa tiba-tiba keluar dari simpang Sungai Barie dan terus masuk ke laluan kanan.

“Akibat jarak terlalu dekat, kenderaan pikap tersebut cuba mengelak namun tetap melanggar bahagian belakang motosikal dan kedua-dua mangsa tercampak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, anggota paramedik dari Hospital Serian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan cucunya cedera di kepala.

Datuk Maut, Cucu Cedera Parah Terlibat Dalam Kemalangan Di Serian

Takziah diucapkan

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala cucunya dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel terkini:

YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi Dedah Sikap Isteri PM Anwar Ibrahim Yang Buat Ramai Kagum
Harga Telur Gred A Di Johor Jauh Murah, Netizen Persoalkan Kenapa Telur Mahal Di Sarawak Dan Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi Dedah Sikap Isteri PM Anwar Ibrahim Yang Buat Ramai Kagum
Next Article 'Tiber' Ditanya Perpaduan Di Kelantan, Jawapan MP Miri Ini Raih Sokongan Netizen ‘Tiber’ Ditanya Perpaduan Di Kelantan, Jawapan MP Miri Ini Raih Sokongan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?