• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

De Borneo Waterpark Kota Kinabalu, Taman Tema Air Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Oleh
ILB - AI
29 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
De Borneo Waterpark Kota Kinabalu, Taman Tema Air Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Ingin meluangkan masa anda di water park?

De Borneo Waterpark Kota Kinabalu, Taman Tema Air Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi. Jika anda berada di Kota Kinabalu atau ingin melawati Kota Kinabalu untuk percutian seterusnya dan anda sedang mencari sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukan pada hujung minggu, jom ke De Borneo Waterpark!

De Borneo Waterpark Kota Kinabalu, Taman Tema Air Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Sesuai untuk percutian keluarga

Terletak di Jalan Kepayan di Kota Kinabalu, taman tema air ini merupakan sebuah destinasi yang sesuai untuk family day jika anda merancang percutian bersama keluarga anda. Taman tema air ini juga merupakan tempat yang menyeronokkan untuk dikunjungi jika anda ingin berseronok bersama rakan-rakan anda!

Kredit foto: Facebook

Anda akan terpesona dengan konsep taman tema air ini yang berwarna-warni serta gelongsor panjang yang ditawarkan di sana. Wah, nampak macam seronok!

Kredit foto: Facebook

Hubungi agent untuk menempah tiket anda

Buat masa ini, De Borneo Waterpark sedang membuat promosi jika anda pre-book (tempah awal) tiket masuk anda iaitu RM30/seorang untuk satu hari. Dewasa berusia 12 – 59 tahun dan kanak-kanak berusia 4 – 11 tahun akan dikenakan yuran masuk ini. Hanya bayi berumur 1 – 3 tahun sahaja dikecualikan bayaran. Bayaran ini termasuk gelongsor (water house) dan locker untuk anda menyimpan barang peribadi anda.

Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, bayaran ini tidak termasuk kereta api, paddle boat dan permainan indoor seperti bumper car, buaian dan sebagainya.

Kredit foto: Facebook

Pastikan anda membawa MyKid ID ketika membawa anak-anak anda kerana anda akan dikenakan bayaran jika tiada ID dikemukakan.

Untuk menempah tiket masuk, sila hubungi agent berikut:

  • CHEL – 011 2528 8303 (bagi pelanggan dari KK / LIDO / DOGONGGON)
  • WALLEY -011 3161 9804 (bagi pelanggan dari KENINGAU / TUARAN / RANAU / PENAMPANG / INANAM / TELIPOK / SEPANGAR)
  • RADZ – 011 2523 6669 (bagi pelanggan dari SANDAKAN / PUTATAN / LOK KAWI / PAPAR)
  • DAYANG – 012 855 9750 (bagi pelanggan dari KEPAYAN)
  • SITI- 014 328 8518 (bagi pelanggan dari BEAUFORT / SIPITANG / PAPAR / CYBER CITY / TANJUNG ARU / SEMBULAN)
  • EN – 012 885 0821 (bagi pelanggan dari DAMAI / LUYANG / LINTAS / KOLOMBONG / MENGGATAL / IRAMANIS / LIKAS)
  • MURNI – 017 817 2981 (bagi pelanggan dari PUTATAN)
  • ZING – 019 918 0821 (bagi pelanggan dari SARAWAK / LABUAN / TAWAU / PITAS / KOTA BELUD / KOTA MARUDU)

Masa operasi mereka adalah setiap hari dari pukul 9AM – 6PM.

Kredit foto: Facebook

Bagi maklumat lanjut, layari Facebook rasmi mereka di pautan ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak Autisme Hilang Selepas Keluar Rumah Di Kampung Rantau, Batu Kawa
Next Article Bertindak Untuk Mencuri Barangan Bernilai RM 2K, Seorang Lelaki Dijatuhi Hukuman 2 Bulan Di Miri Bertindak Untuk Mencuri Barangan Bernilai RM 2K, Seorang Lelaki Dijatuhi Hukuman 2 Bulan Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?