IKEA bantu anda cipta suasana perayaan yang hangat dan mesra, dengan bajet yang terkawal
Raya Penuh Style, Ini Idea Dekorasi Gawai dan Kaamatan Mesra Bajet dari IKEA. Bulan perayaan Gawai dan Kaamatan sememangnya sinonim dengan rumah terbuka, suasana penuh kemesraan, serta makanan dan minuman yang tidak putus-putus. Tak kira sama ada anda menyambutnya di rumah sendiri, di rumah panjang bersama keluarga besar, atau sekadar berkumpul di halaman untuk BBQ, ruang yang selesa dan bersedia menerima tetamu adalah satu keperluan.
Berita baiknya, anda tak perlu berbelanja besar untuk mencipta suasana perayaan yang mesra dan menawan. IKEA Malaysia hadir dengan pelbagai pilihan perabot dan kelengkapan rumah yang bergaya, praktikal dan paling penting – mesra bajet!
1. Bangku NÄMMARÖ — Ruai Jadi Port Lepak Terbaik

Musim perayaan tak sah tanpa sesi lepak di ruai atau beranda bersama sanak-saudara. Bangku NÄMMARÖ yang diperbuat daripada kayu akasia ini bukan sahaja tahan lasak, malah cukup selesa untuk sesi borak panjang sambil minum petang. Sesuai untuk digunakan di luar rumah dan memberikan sentuhan semula jadi kepada suasana.
2. Meja Kopi VITTSJÖ — Ruang Kuih yang Strategik

Apa itu perayaan tanpa kuih-muih? Meja kopi VITTSJÖ menawarkan ruang yang cukup untuk menyusun kuih seperti Kek Lapis, Penganan Iri dan Sarang Semut, tanpa mengambil terlalu banyak tempat di ruang tamu. Dengan permukaan kaca dan reka bentuk moden, ia menjadikan hidangan lebih terserlah (dan lebih ‘Insta-worthy’).
3. Meja Boleh Alih GLADOM — Untuk Pak Cik ‘Mobile’

Dalam setiap keluarga, mesti ada seorang pak cik yang tak duduk diam – berlegar dari ruang ke ruang sambil membawa pinggan tapai dan cerita-cerita lama. Meja GLADOM yang ringan dan mudah dialih ini sangat sesuai untuk kegunaan fleksibel seperti itu. Ia menjadi tempat meletak gelas atau makanan tanpa mengganggu sesi karaoke atau aktiviti keluarga lain.
4. Sofa GLOSTAD — Tempat Selesa Untuk Sembang & Rehat

Perjumpaan keluarga tak lengkap tanpa sesi ‘catch-up’ dengan sepupu yang jarang jumpa. Sofa GLOSTAD ini bersaiz kompak tetapi tetap selesa untuk berehat, berbual panjang atau bergambar bersama ahli keluarga. Sesuai juga untuk tetamu yang mungkin bermalam secara spontan.
5. Rak LERBERG — Untuk Dekorasi Bunga & Hiasan Tradisi

Perayaan Gawai dan Kaamatan sering dihiasi dengan elemen semula jadi seperti bunga kantan dan hasil kraftangan. Rak LERBERG yang minimal dan bergaya ini boleh dijadikan sudut hiasan yang menampilkan bunga segar, gambar keluarga, balang kuih dan perhiasan tradisional. Mudah disusun, kemas dipandang.
Kini IKEA Boleh Diakses Di Sabah & Sarawak
Tak perlu risau lagi tentang kos penghantaran mahal atau kekangan stok. IKEA kini mempunyai kedai dalam talian khas untuk pelanggan di Malaysia Timur, termasuk Sabah dan Sarawak. Anda boleh menikmati barangan IKEA pada harga sama seperti di Semenanjung — mudah, cepat dan menjimatkan.
Layari IKEA.my/EMstore untuk mula membeli-belah.
Mengenai IKEA Malaysia
IKEA ialah peruncit perabot rumah terbesar di dunia, dan di Malaysia, ia dikendalikan oleh Ikano Retail — satu-satunya francais IKEA yang dimiliki oleh keluarga pengasasnya, Ingvar Kamprad. IKEA Malaysia mengendalikan empat stor fizikal (Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan), dan kini terus berkembang menerusi platform e-dagang yang menyeluruh.
Rumah lebih bersedia, sambutan lebih meriah — semua dengan bantuan gaya moden dan harga berpatutan dari IKEA. Selamat menyambut Gawai dan Kaamatan.

