• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Menyara Isteri Dan Dua Anak Lelaki Menganggur, Pak Cik 70 Tahun Terus Bekerja Jadi Rider 

Oleh
Farisha
22 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Biar usia lanjut, pakcik 70 tahun terus bekerja jadi rider demi menyara keluarga

Demi Menyara Isteri Dan Dua Anak Lelaki Menganggur, Pak Cik 70 Tahun Terus Bekerja Jadi Rider. Meskipun sudah berumur 70 tahun, seorang lelaki warga emas tidak mengharapkan masa persaraannya dihabiskan dengan berehat dan menikmati masa bersama keluarga. Sebaliknya, dia memilih untuk terus bekerja sebagai penunggang Grab.

Warga emas atau dikenali sebagai Zakaria mempunyai pengalaman 22 tahun sebagai seorang pemandu. Selepas bersara, dia mula menjadi penunggang Grab pada Ogos 2021 untuk menampung keluarganya yang terdiri daripada isteri dan dua orang anak lelaki yang menganggur.

Demi Menyara Isteri Dan Dua Anak Lelaki Menganggur, Pak Cik 70 Tahun Terus Bekerja Jadi Rider
Demi Menyara Isteri Dan Dua Anak Lelaki Menganggur, Pak Cik 70 Tahun Terus Bekerja Jadi Rider. Sumber: FMT

12 jam sehari bekerja untuk menyara isteri dan 2 anak lelaki menganggur

Dalam satu temubual dengan FMT, pakcik itu berkongsi mengenai rutin hariannya yang mengambil masa hampir 12 jam sehari untuk bekerja.

Difahamkan, pakcik tersebut tidak suka menghabiskan masa berehat di rumah, sebaliknya dia lebih gemar berbual-bual santai dengan rakan-rakan pemandu semasa berhenti sebentar di gerai mamak.

Motivasi utamanya ialah bekerja untuk keluarga

Meskipun usianya sudah lanjut, motivasi dan tanggungjawab utamanya adalah terus bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia turut menyatakan bahawa mereka sekeluarga memerlukan wang untuk perbelanjaan harian.

“Kedua anak lelaki saya tinggal bersama saya dan mereka menganggur. Jadi, saya terpaksa menanggung dan bekerja,” jelaskan pakcik Zakaria itu menerusi laporan.

Yang hebantnya, pakcik tersebut tidak mempunyai hasrat untuk bersara, dengan mengambil kira kesihatan tubuh badannya yang baik dan rasa keseronokan yang dirasainya sebagai seorang penunggang Grab.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Jadi Rider Hantar Makanan, Pasangan Warga Emas Ini Buat Netizen Sebak
Pukul Warga Emas Hingga Maut Di Batu Kawa, Dua Pemuda Dikenakan Hukuman Penjara 4 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Bergaduh Di Tempat Letak Kereta Batu Kawa, Suspek Sudah Dikenal Pasti Polis
Next Article Kenali Sultan Tengah Manga, Sultan Pertama Dan Terakhir Di Sarawak Kenali Sultan Tengah Manga, Sultan Pertama Dan Terakhir Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?