• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
23 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching

Kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Matang, Depo Link

Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching. Telah dilaporkan bahawa seorang pemandu bas sekolah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis bawah umur.

Dipetik dari The Borneo Post, lelaki berusia 47 tahun mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun dengan cara menyentuh payudara mangsa.

Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching
Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching. Sumber gambar: The Borneo Post

Bagaimanapun, Hakim Afidah Abdul Rahman telah menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi mematuhi prosedur kes jenayah yang melibatkan penjawat awam di mana semasa prosiding, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia adalah penjawat awam yang bekerja sebagai pemandu bas sebuah sekolah menengah di sini.

Difahamkan, terdapat kod spesifik diperuntukkan di mahkamah bagi kes jenayah membabitkan penjawat awam. Mahkamah perlu memaklumkan kepada ketua jabatan atau pihak berkuasa berkenaan sementara tertuduh ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.

Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching
Didapati Mengaku Bersalah Meraba Payudara Remaja, Pemandu Bas Sekolah Ini Ditahan Di Kuching

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Dalam laporan polis sebelum ini, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila tertuduh tiba-tiba menghampirinya menaiki motosikal, berpura-pura bertanya sesuatu dan dikatakan menyentuh dada mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukannya dalam satu kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Matang, Depo Link, di sini pada 14 April lalu, sekitar jam 1.18 petang.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama. Seksyen turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, juga pernah berlaku seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat kes cabul dan amang seksual fizikal di sekitar kawasan Semariang dan Jalan Matang/Depo.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tinggalkan Rumah Dalam Tempoh Lama, Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Polis Periksa Dan Buat Rondaan Rumah Anda Tinggalkan Rumah Dalam Tempoh Lama, Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Polis Periksa Dan Buat Rondaan Rumah Anda!
Next Article Projek Lebuhraya Pan Borneo, Pengaktifan Lampu Isyarat Di Jalan Serian Mulai Pada 25 April Ini Projek Lebuhraya Pan Borneo, Pengaktifan Lampu Isyarat Di Jalan Serian Mulai Pada 25 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?