• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digali Dan Harta Benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor

Oleh
Aina Musa
19 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Digali Dan Harta Benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor

Kubur rosak angkara perbuatan si pencuri

Digali Dan Harta benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor. Sebelas kubur di tanah perkuburan Iban di Sungai Selemas rosak akibat dipecah, dikorek dan barang di dalamnya dicuri.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata setakat semalam, kubur-kubur yang dirosakkan itu melibatkan empat kubur lelaki dan tujuh kubur wanita.

Digali Dan Harta Benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor
Digali Dan Harta benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor. Kredit foto: Lawai Lawai

Katanya tanah perkuburan berkenaan juga dikongsikan oleh penduduk rumah panjang di Sungai Sian, Muara Bunut, Teluk Batu dan Sungai Pemalai.

Pecah kubur demi mendapatkan barang berharga

“Kejadian disedari oleh penduduk kampung pada Rabu lalu semasa mereka melakukan kerja-kerja pembersihan kubur,” katanya.

Digali Dan Harta Benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor

Kejadian dipercayai dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan barangan kemas di dalam kubur-kubur berkenaan.

Laporan polis sudah pun dibuat

Sekam berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada Khamis lalu dan telah mengerahkan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong untuk meninjau lokasi kejadian bersama beberapa orang penduduk kampung.

Digali Dan Harta Benda Dikebas, 11 Kubur Iban Jadi Mangsa Pencuri Di Bintangor

Justeru, katanya satu pasukan ‘task force’ telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menangkap pencuri-pencuri kubur berkenaan.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan kita masih memburu mereka yang terlibat,” katanya.

Lagi artikel terkini di sini:

Presiden Jerman Selamat Tiba Di Kuching, 26 Tahun Sejak Kali Terakhir Melawat Malaysia
Ajal Semasa Berburu, Lelaki Maut Akibat Salah Tembak Di Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Presiden Jerman Selamat Tiba Di Kuching, 26 Tahun Sejak Kali Terakhir Melawat Malaysia
Next Article Ikan Termahal Pernah Dimakan Dalam Seumur Hidupnya, Wanita Singapura Ini Cuba Empurau Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?