• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki ‘Waterfront’ Terpanjang Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
1 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki 'Waterfront' Terpanjang Di Sarawak

Tebingan Sungai Limbang bakal siap 2025

Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki ‘Waterfront’ Terpanjang Di Sarawak. Tebingan Sungai Limbang iaitu projek tebingan sungai terpanjang di Sarawak sejauh 1.8 kilometer dengan kos RM120 juta, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2025.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata projek itu kini rancak dibina dan dibahagikan kepada tiga fasa pembinaan di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki 'Waterfront' Terpanjang Di Sarawak
Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki ‘Waterfront’ Terpanjang Di Sarawak. Kredit: Borneo Network

Katanya, projek berkenaan adalah satu kemudahan sosial untuk rakyat berekreasi dan beriadah selain menjadi satu lagi kawasan menarik untuk dikunjungi dalam memacu sektor pelancongan domestik di utara Sarawak.

“Tebingan Sungai Limbang ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga serta akan siap pada pertengahan atau penghujung 2025.

“Ia akan menjadi tebingan yang terpanjang di Sarawak sejauh1.8 kilometer,” katanya ditemui media ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak Tebingan Sungai Limbang fasa satu semalam.

Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki 'Waterfront' Terpanjang Di Sarawak

Turut sama dalam lawatan itu ialah Setiausaha Majlis Daerah Limbang, Petrick Linggie Taboh.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, berkata projek rakyat yang amat dinanti itu mengalami kelewatan susulan pandemik COVID-19 yang lalu, selain masalah teknikal dan tanah susur di kawasan tebingan sungai.

Katanya, fasa satu projek itu menempatkan kemudahan pentas utama dan amphitheater (panggung terbuka) yang menjadi pusat untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan dijangka siap penghujung Ogos ini.

Dijangka Siap 2025, Limbang Bakal Miliki 'Waterfront' Terpanjang Di Sarawak

“Hari ini pihak kontraktor memberi jaminan bahawa projek fasa pertama ini akan siap selewat-lewatnya 30 Ogos ini.

“Ini merupakan satu projek atau kawasan rekreasi yang dinanti-nantikan oleh masyarakat limbang khususnya dan juga pengunjung-pengunjung dari luar,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Jo: Lawas Menyerupai Hungary Di Eropah Dengan Jambatan Baharu
Terpanjang Di Malaysia, Jambatan Batang Lupar Sebuyau Dijangka Siap 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sering Dilarang Masuk Rumah Dan Tak Diberi Makan, Warga Emas Bertindak Tikam Isteri Sering Dilarang Masuk Rumah Dan Tak Diberi Makan, Warga Emas Bertindak Tikam Isteri
Next Article Demi Beli iPhone 14, Suami Isteri Sanggup Jual Bayi Berusia 8 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?