• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijanji Manis Tablet Percuma, Pelajar Universiti Di Samarahan Rasa Terkilan Diperguna Di Musim Berkempen

Oleh
Nazihah AN
3 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dijanji Manis Tablet Percuma, Pelajar Universiti Di Samarahan Rasa Terkilan Diperguna Di Musim Berkempen

Terpaksa bersesak ikuti majlis di dewan uni, untuk menerima peranti siswa tersebut

Dijanji Manis Tablet Percuma, Pelajar Universiti Di Samarahan Rasa Terkilan Diperguna Di Musim Berkempen. Kemudahan elektronik seperti laptop dan tablet semestinya satu barangan yang amat diperlukan bagi setiap pelajar. Dan semestinya, kemudahan tersebut tidak murah.

Kini, ia tidak lagi menjadi satu kerisauan kerana pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini dapat memohon untuk menerima tablet Samsung Tab A8 melalui Peranti Siswa. Namun, apa yang dilakukan oleh pihak Uni ini telah membuatkan pelajar rasa terkilan.

Sumber: Twitter @ConfessTweetMY

Dijanji manis tablet percuma, seramai 2000 lebih pelajar mengikuti majlis di dalam dewan uni

Telah tular di laman Twitter di mana individu ini membuat luahan kepada pengguna akaun @ConfessTweetMY di mana individu tersebut merasa kasihan terhadap kawannya telah dipergunakan untuk memeriahkan majlis penyerahan peranti siswa.

Dalam hantaran individu tersebut, katanya pihak HEP telah keluarkan senarai nama pelajar seramai lebih kurang 2 ribu lebih. Dalam senarai tersebut adalah gabungan pelajar dalam kampus 1 dan juga kampus 2 untuk menghadiri majlis tersebut di dalam dewan.

Dijanji Manis Tablet Percuma, Pelajar Universiti Di Samarahan Rasa Terkilan Diperguna Di Musim Berkempen. Gambar sekadar hiasan

“Last2 terpaksa lah balik bodo gitu je padahal diorang dari start event dah beratur tunggu luar dewan sempit2.” – individu tersebut.

Kata individu tersebut, bahkan tempat duduk juga tidak mencukupi sehingga ada yang terpaksa berdiri sepanjang majlis itu berlangsung. Dalam majlis tersebut turut dirasmikan oleh para rektor dan juga tetamu terpenting.

Dan setelah usai majlis tersebut, petugas uni tersebut baru umumkan bahawa hanya terdapat 800 lebih peranti siswa yang ada. Kenyataan tersebut telah mengundang rasa marah dan terkilan dari pelajar yang telah beratur hingga luar dewan dan terpaksa bersempit semasa majlis dilangsungkan.

Entahlah min, I rasa weolls diperguna untuk meriahkan event kan musim berkempen pru sekarang ni. Baru nampak cantik dalam gambar ye tak? Yang merasmikan tu pulak memang menteri2 besar.

Kata individu itu juga, apa yang membuatkan pelajar makin bengang apabila petugas uni tersebut memberitahu akan ada batch yang kedua untuk peranti siswa tersebut, tetapi ia hanyalah ‘wayang berkempen’ dan janji manis semata.

Tau tak masa umumkan tablet ada 800 je tu, memang la diorang cakap ada 2nd batch, akan usahakan blablabla, tapi last2 dia cakap, “tapi tak janji yaa”

Sumber: Twitter @ConfessTweetMY

Mana satu yang betul?

Apa yang dinyatakan individu tersebut uni mereka hanya dapat memberi 800 lebih tablet percuma, tetapi apabila meninjau ke kongsian ‘tetamu terpenting’ tersebut, jumlah peranti siswa yang diagih adalah 1,340 kepada pelajar uni. Hmm.. bimbang yang mana satu yang betulnya ya?🤔

Menerusi ruangan komen, rupanya perkara ini bukan perkara baru bagi netizen. Ada juga yang berkongsi kisah mereka semasa berada di uni untuk agenda-agenda musim berkempen.

Sumber: Twitter @ConfessTweetMY
Sumber: Twitter @ConfessTweetMY

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anwar Ibrahim Gesa Kerajaan Sarawak Tarik Larangan Pemimpin PH Masuk Ke Sarawak
Next Article Baru Saja Dibuka, Nikmati Minum Petang Bersama Rojak Dan Cendol Di Rojaklah Plaza Merdeka Baru Saja Dibuka, Nikmati Minum Petang Bersama Rojak Dan Cendol Di Rojaklah Plaza Merdeka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?