• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching

Oleh
Nazihah AN
7 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching

Masuk adalah percuma!

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching. Apabila sebut sahaja Sarawak sudah pasti tarikan alam semulajadi akan tergambar. Terdapat banyak tarikan semulajadi yang boleh anda lawati di Sarawak seperti Gua Niah, Gunung Gading, Taman Negara Bako dan pelbagai lagi.

Namun, tahukah anda di Kuching juga terdapat taman orkid yang terletak di Petrajaya. Walaupun Taman Orkid jarang menjadi bualan bagi penduduk Kuching. Namun, Taman Orkid semestinya merupakan salah satu daripada tempat yang menarik di Kuching.

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching
Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching. Sumber gambar: Tourism.denoo.my

Sebanyak 80 jenis dan 80,000 pokok Orkid!

Taman Orkid berkeluasan 15 ekar dan mempunyai lebih kurang 80 spesis orkid yang terdiri daripada 127 genera.Bilangan keseluruhan orkid yang terdapat di disini adalah sebanyak 80 000 pokok orkid termasuk spesis kacukan.

Pokok orkid berbunga mengikut musim dan ada kalanya ada tidak menemui pokok orkid yang berbunga ketika lawatan. Kerana kurangannya kawasan teduhan dari cahaya matahari, anda digalakkan untuk datang awal untuk mengelakkan daripada cahaya matahari yang panas di tengah hari.

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching
Sumber gambar: FB Muslihah Mahusin, Syed Norzalman

Antara spesis orkid yang terdapat di sini

Apa yang menariknya, terdapat orkid-orkid di sini mempunyai nama yang diambil bersempena nama VVIP yang pernah berkunjung ke taman ini. Antara spesis yang terdapat di taman ini ialah Vanda Taib, Dendrobium Tunku Nur Zahirah, Dendrobium Laila, Dendrobium Hamimah dan Aranda Raghad Taib.

Terdapat orkid yang dikenali sebagai nama Kambang Alo. Kecantikan dan populariti orkid ini telah menyebabkan ianya dinamakan semula sebagai Orkid Normah bersempena dengan nama isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke empat, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah. Orkid ini telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sarawak.

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching
Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching. Sumber gambar: BorneoTalk
Kuching Orchid Park

Lokasi: Taman Orkid Kuching, Jalan Astana Lot, Taman Orchid, 93050 Kuching, Sarawak.
Waktu beroperasi: 9:30 a.m – 6:00 p.m
No telefon: 082-446 688

MASUK ADALAH PERCUMA!

Dikenali Sebagai Bunga Rasmi Negeri Sarawak, Jom Lihat Orkid Normah Di Taman Orkid Kuching
Sumber gambar: FB Saya Bukhori II 

3 Hidden Spot Menarik Untuk Anda Menginap Di Sekitar Kuching. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maid Cafe Pertama Di Sarawak, Jom Ke Sunny Meido Cafe Miri! Maid Cafe Pertama Di Sarawak, Jom Ke Sunny Meido Cafe Miri!
Next Article Malaysia Airlines Perkenal Laluan ‘Direct’ Baru, Kuching-Singapura

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?