• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini

Oleh
Aina Musa
18 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini

Dipecat, diturunkan pangkat atau didapati tidak bersalah.

Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini. Perkongsian seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh pada Sabtu di media sosial mengenai kemungkinan tindakan tatatertib dihadapinya akibat membangkitkan isu berkaitan sistem pendidikan negara mendapat perhatian begitu meluas di dalam negara.

Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini
Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini. Sumber: Sinar Harian

Mohd Fadli yang merupakan guru matematik sekolah rendah itu berkata, dia berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana didakwa menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang dikatakan terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk murid.

Yakin beliau seorang guru yang berdisiplin

Dia berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dirinya tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.

Katanya, hujah untuk mengatakan dia tidak menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangannya juga tidak tepat kerana dia pernah melakukannya termasuk melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), namun tidak mendatangkan sebarang kesan.

Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini
Sumber: FB Cikgu Fadli Salleh

Selain isu silibus pembelajaran yang terlalu tinggi dan padat untuk guru dan murid, perkara lain dibangkitkan oleh Mohd Fadli adalah mengenai bilangan murid terlalu ramai di dalam kelas dan ketidakcukupan masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik.

Dia turut menyentuh mengenai keberadaan ‘Little Napoleon’ atau individu yang suka menunjukkan kuasa dalam sektor pendidikan negara sehingga menyebabkan kerosakan terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

Setakat laporan ini ditulis, hantaran perkongsian dibuat oleh Mohd Fadli itu telah dikongsikan oleh kira-kira 102,000 pengguna Facebook dan mendapat lebih 251,000 tanda suka.

Bakal berhadapan dengan

Dalam pada itu, paling awal memberikan reaksi pada Ahad adalah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Mohd Fadli untuk mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memaklumkan beliau telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkhairuddin Ghazali pada petang ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

Dipecat Atau Diturunkan Pangkat, Nasib Cikgu Fadli Diketahui Hari Ini
Sumber: FB Cikgu Fadli Salleh

Katanya, diharapkan situasi menang-menang dapat dicapai dalam penyelesaian isu tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali pada Ahad berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum perkara dibangkitkan di media sosial berkaitan guru berkenaan.

Menurut beliau, surat yang dihantar kepada guru tersebut bukanlah surat yang membawa maksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib, sebaliknya ia bertujuan memaklumkan mengenai dakwaan diterima dan keperluan mengemukakan penjelasan bertulis.

Menurut beliau, surat yang dihantar kepada guru tersebut bukanlah surat yang membawa maksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib, sebaliknya ia bertujuan memaklumkan mengenai dakwaan diterima dan keperluan mengemukakan penjelasan bertulis.

Katanya, keputusan itu akan dimaklumkan kepada guru berkenaan melalui ketua jabatan.

Mengulas mengenai perkara dibangkitkan guru berkenaan, Mohd Radzi berkata, ia telah diambil tindakan oleh kementerian sejak 6 Mac lalu antaranya melalui langkah penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar.

Selain itu katanya, silibus digunakan di sekolah adalah yang diperkenalkan sejak tahun 2007.

Baca lagi artikel terkini:

Raba Penumpang Wanita, Individu Dedah Pemandu Maxim ‘Miang’ Di Kuching Ini
Tarikh Cuti 2023 Sudah Dikeluarkan, Rancang Cuti Tahunan Anda Dengan Bijak
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarikh Cuti 2023 Sudah Dikeluarkan, Rancang Cuti Tahunan Anda Dengan Bijak
Next Article Resepi Asli Dari Thailand, Nikmati Seafood Segar Di Thai Beach Restaurant Labuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?