• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide

Oleh
Husna Hazmi
12 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Wahh, tahniah diucapkan!

Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide. Chef Michelle Goh berusia 28 tahun anak kelahiran Kuching Sarawak telah diiktiraf sebagai salah seorang chef pastri wanita terkemuka Asia oleh Michelin Guide iaitu buku panduan masak yang amat terkenal di seluruh dunia.

Isi Isi Penting
  • Wahh, tahniah diucapkan!
  • Anugerah bintang Michelin
  • Diinspirasikan daripada pencuci mulut ais jagung milo
  • Hidangan yang lazat dan mudah
Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide
Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide

Anugerah bintang Michelin

Anugerah bintang Michelin ini merupakan salah satu pencapaian profesional paling hebat yang diingini oleh semua Chef di seluruh dunia. Buat pengetahuan anda Michelin Guides ini telah diterbitkan oleh Michelin yang merupakan syarikat tayar Perancis, sejak 1904.

The chef at Mia yang merupakan sebuah restoran kontemporari Eropah di Thailand adalah antara 17 restoran di Asia yang diberi penghormatan oleh buku panduan Michelin Guide itu sempena Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini.

Dalam sebuah artikel yang menampilkan Michelle Goh diterbitkan dalam laman web Michelin Guide, beliau berkongsi tentang hidangan istimewanya (signature dish) iaitu Cereal Bowl dan juga motivasi dalam meneruskan kerjayanya itu.

Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide

Diinspirasikan daripada pencuci mulut ais jagung milo

Beliau mendedahkan bahawa hidangan istimewanya itu diinspirasikan daripada pencuci mulut kegemaran kakaknya iaitu ais jagung milo!

Daripada menu ais kacang milo jagung itu lah Michelle mendapat idea yang bernas untuk menghasilkan menu pencuci mulut masterpiece nya yang telah berjaya diiktiraf oleh Michelin Guide.

Michelle turut menambahkan bahawa idea menghasilkan menu tersebut juga adalah diambil daripada nostalgia makan semangkuk cereal kegemarannya pada zaman kanak-kanak dahulu. Hidangan Cereal Bowl ini mengandungi campuran bijiran dibuat sendiri yang terdiri daripada popcorn caramel,

Dia berkata hidangannya mengandungi campuran bijirin buatan sendiri yang terdiri daripada popcorn karamel, chocolate crumble, dehydrated milk and feuilletine, satu sudu ais krim perisa jagung, dan dihidangkan bersama dengan cornflakes infused milk.

Dipuji Antara Chef Pastri Terbaik Di Asia, Anak Kelahiran Sarawak Ini Dapat Pengiktirafan Oleh Michelin Guide

Hidangan yang lazat dan mudah

Menurut Michelle, dia ingin mencipta sebuah hidangan yang lazat dan mudah dengan rasa yang diketahui ramai dengan cara yang lebih inovatif dan menarik.

Michelle juga turut berkongsi dengan Michelin Guide mengenai ketabahan dan keyakinan dirinya.

“Jangan sesekali biarkan sesiapa untuk memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Jika anda diri anda didengari, jangan takut untuk melontarkan pendapat anda. Keyakinan, kerja keras dan berusaha untuk dihormati orang lain, bukannya disukai,” kata beliau.

Seawal usia 18 tahun, Michelle telah meninggalkan Sarawak untuk belajar dan mengasah bakat dirinya di Le Cordon Bleu di Sydney, Australia, sebelum berpindah ke Singapura dan kemudian Bangkok sebagai tukang masak pastri ketika berusia 23 tahun.

Sebelum ini, Michelle juga pernah bekerja di Sühring yang merupakan sebuah restoran di Thailand yang telah dianugerahkan dua Bintang Michelin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Artifak Tidak Dapat Ditukar Ganti, Muzium Budaya Borneo Keluarkan Nasihat Untuk Pengunjung Artifak Tidak Dapat Ditukar Ganti, Muzium Budaya Borneo Keluarkan Nasihat Untuk Pengunjung
Next Article 3 Bandar Di Sarawak Rangkul Anugerah Pelancongan ASEAN Bandar Terbersih Peringkat Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?