• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini

Oleh
Ismail NA
16 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perlawanan ‘adik-beradik’ dalam persaingan Liga Perdana malam ini.

Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini. Prestasi pasukan Sarawak pada musim kali ini dilihat agak memberangsangkan apabila kedua-dua pasukan membuka tirai persaingan tanpa rekod kalah setakat ini. Namun, perlawanan di antara kedua-dua rakan senegeri adalah suatu perlawanan yang menarik memandangkan masing-masing sedang merebut mata untuk melangkah ke terus mara dalam persaingan liga.

Isi Isi Penting
  • Perlawanan ‘adik-beradik’ dalam persaingan Liga Perdana malam ini.
  • Sarawak United FC belum kalah, Kuching City FC sekadar seri dan tewas 1 perlawanan
  • Kuching City FC perlu bekerja lebih keras jika tidak mahu tercorot
  • Baca juga :

Untuk pengetahuan anda, pasukan Sarawak United FC dan Kuching City FC bakal menentang sesama sendiri pada perlawanan malam ini di gelanggang sendiri pasukan Sarawak United FC iaitu di Stadium Hang Jebat, Melaka pada jam 9 malam ini.

Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini
Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini

Perlawanan tumpuan ini bakal mempertemukan dua pemain prolifik kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mewakili Sarawak United FC dengan Joseph Kallang Tie dari pasukan Kuching City FC.

Sarawak United FC belum kalah, Kuching City FC sekadar seri dan tewas 1 perlawanan

Sebelum perlawanan ini, Sarawak United FC telah mengharungi 2 perlawanan, masing-masing menentang Kelantan United FC dan Perak FC dan meraih kemenangan selesa. Manakala Kuching City FC membuka persaingan dengan sekadar seri 1-1 bersama Terengganu FC II dan tewas di tangan Johor Darul Ta’zim II dengan skor 3-1.

Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini
Sumber : FB Sarawak Crocs

Untuk rekod, pasukan Sarawak United FC kini berada di tangga ke-2 liga tanpa kalah dengan jumlah mata pungutan sebanyak 6 mata, manakala pasukan Kuching City FC berjaya mengutip 1 mata berharga dan berada di tangga ke-9.

Diramal Sengit, Pertemuan Senegeri Sarawak United FC Menentang Kuching City FC Malam Ini

Kuching City FC perlu bekerja lebih keras jika tidak mahu tercorot

Jika dilihat dari segi kutipan mata, pasukan Kuching City FC perlu berusaha lebih keras malam ini dengan sekurang-kurangnya mencipta kemenangan di gelanggang lawan bagi melayakkan mereka menaikkan kedudukan dalam liga. Namun, usaha ini pastinya sengit memandangkan perlawanan ini melibatkan dua buah pasukan dari negeri yang sama.

Kesebelasan utama untuk kedua-dua pasukan ini belum diumumkan secara rasmi oleh pasukan masing-masing, namun sama-sama kita nantikan strategi apa yang bakal digunakan oleh E.Elavarasan (Sarawak United FC) dan Irfan Bakti (Kuching City FC) untuk memperkukuh jentera masing-masing.

Perlawanan penting ini bakal disiarkan secara langsung di ‘Pay-Per-View’ dengan bayaran ‘tiket’ masuk RM 11 melalui pendaftaran di pautan ini : https://securepay.my/collections/MVARHLel

Bagi peminat bolasepak Sarawak, sama-sama kita sokong dan memeriahkan perlawanan norma baharu ini. Yalah, nak masuk stadium dah tak boleh. Kalau masuk stadium boleh bayar tiket, takkan nak tengok siaran langsung cokot nak bayar pula kan?

Selamat maju jaya buat kedua-dua pasukan. Encang Sarawak encang!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Whatsapp Bakal Memperkenalkan Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web
Next Article Lelaki Warga Emas Dipenjara 12 Tahun Atas Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?