• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Direct’ Mengadu Depan Agong, Gelagat Warga Sabah Ini Tarik Perhatian Netizen

Oleh
ILB - AI
4 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Direct' Mengadu Depan Agong, Gelagat Warga Sabah Ini Tarik Perhatian Netizen

Jelajah Agong Di Sabah kini bermula

‘Direct’ Mengadu Depan Agong, Gelagat Warga Sabah Ini Tarik Perhatian Netizen. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di lapangan Terbang Tawau semalam bagi memulakan pengembaraan yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.

Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 Sept ini bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, melibatkan jarak perjalanan lebih 2,154 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

‘Direct’ Mengadu Depan Agong, Gelagat Warga Sabah Ini Tarik Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Siri jelajah ini memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Tunku Azizah, turut berkenan beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan orang ramai yang menantikan keberangkatan Seri Paduka berdua di sekitar lapangan terbang itu.

Kredit: Tiktok

Setibanya baginda di Tawau, YDP Agong disambut baik oleh warga Tawau menerusi video yang dimuat naik oleh Sabah Info menerusi akaun Tiktok.

YDP Agong dilihat dikerumi oleh warga Tawau yang teruja menyambut ketibaan baginda.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila seorang wanita dengan selambanya menyapa Tuanku sambil mengadu sesuatu kepada YDP Agong.

“Teruk sangat, teruk sangat jalan raya kami, banjir tuanku”

Namun, apa yang disampaikan beliau kepada YDP Agong nampaknya dilihat mendapat persetujuan oleh netizen.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut.

Tambah warga Sabah, mereka telah pun ‘hidup’ dengan jalan raya yang rosak dan banjir teruk setiap tahun. Paling menyedihkan, keadaan ini tidak berubah-ubah sejak dahulu lagi.

Menariknya, bukan setakat warga Sabah, ‘orang luar’ turut merungut dengan keadaan jalan raya di Sabah.

Baca lagi artikel menarik di sini:

‘Tour’ Dari Sabah Ke Sarawak, Impian YDP Agong Akhirnya Tercapai Bakal Rasmi Pan Borneo
YDP Agong Bakal Singgah Ke Pasar Sentral Demi ‘Santap’ Dabai Dan Mi Kampua Autentik Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAS Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Tetapi Bersyarat
Next Article Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone 'Display' Kedai Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone ‘Display’ Kedai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?