• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen

Oleh
Aina Musa
11 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Disangka Banduan 'Terlepas', Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen

Rupanya gelandangan

Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen. Polis Miri mengesahkan seorang lelaki yang gambarnya tular di media sosial dengan memakai pakaian berwarna jingga bukan tahanan lokap, sebaliknya hanya seorang gelandangan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya dimaklumkan tentang gambar seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna jingga menyerupai baju lokap tular di media sosial hari ini.

Disangka Banduan 'Terlepas', Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen
Disangka Banduan ‘Terlepas’, Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen. Kredit: Facebook

Tular di media sosial sejak semalam

Berikutan penyebaran gambar itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri melakukan pemeriksaan ke atas lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit merupakan seorang gelandangan yang sering berkeliaran di sekitar bandar Miri dan tiada sebarang kesalahan jenayah dikesan ke atasnya.

Disangka Banduan 'Terlepas', Lelaki Berbaju Oren Di Miri Ini Raih Perhatian Netizen
Contoh baju lokap

“Malah, tiada perkataan lokap ditulis pada bahagian belakang bajunya seperti baju lokap yang sering dipakai tahanan,” katanya sambil memberitahu, tidak dapat dipastikan berapa umur lelaki terbabit kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa diperiksa polis.

Polis ingatkan orang awam jangan buat spekulasi

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian itu.

Katanya, polis amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat serta menjaga kesejahteraan dan keamanan bersama.

Baca lagi artikel terkini:

Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo
Supermarket Terkenal Di Kuching Akan Tutup, Lelaki Ini Kongsi Pendapat Tentang Perniagaan Pasaraya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Kerajaan Sarawak Rancang Bakal Bina Tapak Glamping Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo
Next Article ‘Baik Saya Naik Perahu Je’, Netizen Geli Hati Dengan ‘Jambatan’ Di Sabah Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?