• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen

Oleh
Nazihah AN
10 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen

“Moga kekal hingga ke jannah, amin” – netizen

Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen. Hidup berpoligami memang menjadi kebiasaan yang sering kita dengar.. Dalam zaman media sosial ini, siap ada lagi video isteri turut mengiringi suami untuk menikahi lagi satu.

Isi Isi Penting
  • “Moga kekal hingga ke jannah, amin” – netizen
  • Ditemani dengan isteri pertamanya..
  • “Semoga si suami galas tanggungjawab seadilnya terhadap keduanya”- netizen
  • Lagi di sini:

Namun, baru-baru ini telah tular satu hantaran di laman Facebook disangka seorang lelaki di Kuching telah mengahwini dua wanita sekali gus. Betul ke?

Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Kredit gambar: FB Mohamad Muhidin
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Kredit gambar: FB Mohamad Muhidin

Ditemani dengan isteri pertamanya..

Menurut sumber Kosmo! selepas jurugambar mereka, Mohamad Muhidin menyiarkan satu hantaran di Facebook, ianya menarik perhatian umum dan dia juga turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan detik bersejarah buat ketiga-tiga mempelai tersebut.

Foto ini telah dikongsi pada 3 Disember tahun lalu dan kini telah dikongsi lebih daripada 2,800 kali.

Salah seorang daripada pasangan tersebut, iaitu Sieytha Rieytha turut meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan bahtera perkahwinan yang mereka bina.

“Bismillahirrahmannirrahim,Alhamdulillah.Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah. Naik pelamin dengan Akak Madu Mazlinah Tahaau. Semoga kita bahagia bersama Suami tercinta Jafarrudin Morni.”- hantaran Sieytha Rieytha di laman Facebook nya

Difahamkan bahawa akad nikah mereka diadakan di Majma Mall, di Kuching. Lelaki tersebut menikahi wanita tersebut dan turut ditemani oleh isteri pertamanya (mempelai yang memegang bunga berwarna ungu). Manakala wanita yang dinikahinya ialah mempelai yang memegang bung berwarna merah (Sieytha Rieytha).

“Semoga si suami galas tanggungjawab seadilnya terhadap keduanya”- netizen

Ramai netizen mendoakan kebahagiaan kepada 3 pasangan mempelai tersebut sambil mengucapkan tahniah kepada pengantin perempuan, malah ada yang berpesan kepada pengantin lelaki untuk berlaku adil selama-lamanya.

Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen
Disangka Kahwini 2 Wanita Serentak, Gambar Kahwin Di Kuching Ini Undang Reaksi Netizen

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Militia Sulu Didakwa Berkomplot Untuk Menceroboh Sabah, Pasukan Keselamatan Sabah Sedang Mengesahkan Maklumat Militia Sulu Didakwa Berkomplot Untuk Menceroboh Sabah, Pasukan Keselamatan Sabah Sedang Mengesahkan Maklumat
Next Article Ayat Berbaur Provokasi, Calon Aspirasi Diarah Tanggalkan Banner Di 'White Cat' Padungan Ayat Berbaur Provokasi, Calon Aspirasi Diarah Tanggalkan Banner Di ‘White Cat’ Padungan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?