• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Penyebab Kemalangan, Lelaki Bantu Mangsa Di Kuching Dibelasah Orang Awam

Oleh
ILB - AI
20 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian dikatakan berlaku di Kuching, Sarawak.

Disangka Penyebab Kemalangan, Lelaki Bantu Mangsa Di Kuching Dibelasah Orang Awam. Seorang individu lelaki dikatakan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas menjadi mangsa dibelasah oleh sekumpulan individu selepas terjadinya sebuah kemalangan di Kuching.

Difahamkan, individu terbabit hanya turun dari kenderaan beliau dan membantu keadaan trafik selepas berlakunya kemalangan tersebut yang dikatakan telah mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal.

Disangka Penyebab Kemalangan, Lelaki Bantu Mangsa Di Kuching Dibelasah Orang Awam
Disangka Penyebab Kemalangan, Lelaki Bantu Mangsa Di Kuching Dibelasah Orang Awam

Netizen dakwa ahli keluarga mereka jadi mangsa dibelasah orang awam kerana salah faham

Selepas tular gambar dan rakaman video kemalangan tersebut, beberapa orang individu telah meluahkan kekecewaan mereka kerana salah seorang ahli keluarga mereka yang membantu untuk melancarkan keadaan trafik di tempat berkenaan telah dibelasah orang awam. Lelaki berkenaan difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja dan sanggup berhenti bagi membantu.

Namun tidak semena-mena, lelaki ini disalah sangkakan sebagai individu penyebab kemalangan oleh orang ramai. Sekumpulan individu yang bertindak mengikut emosi kemudian membelasah lelaki ini yang mempunyai tubuh badan fizikal yang kurus.

Niat murni yang bertukar tragedi ini dikongsikan oleh ahli keluarganya di laman Facebook. Sehingga artikel ini diterbitkan, hantaran ini telah mendapat lebih 1,000 perkongsian dan mengundang komen daripada netizen.

“Beliau hanya menjaga jalan dan tempat itu sementara tiada orang berhenti memberi bantuan ”

Netizen
Sumber: FB HM Phiwiitt

Dikatakan orang awam yang membelasah individu terbabit tidak memeriksa hal yang sebenar terlebih dahulu. Lelaki malang tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dikejarkan ke unit kecemasan hospital dan kini sedang mendapatkan rawatan.

Ahli keluarga lelaki itu juga berharap agar individu yang terlibat mencederakan ahli keluarga mereka untuk tampil bertanggungjawab dan berjumpa sendiri dengan lelaki berkenaan bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dicetuskan.

Kejadian yang berlaku pagi tadi di Jalan Astana, Kuching melibatkan sebuah motosikal dan juga sebuah lori. Punca sebenar kemalangan masih belum diketahui.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dituduh Mencederakan Kanak-Kanak Autisme Secara Sukarela, Seorang Wanita Dari Miri Mengaku Tidak Bersalah Dituduh Mencederakan Kanak-Kanak Autisme Secara Sukarela, Seorang Wanita Dari Miri Mengaku Tidak Bersalah
Next Article Paksa Gadis Masuk Biliknya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis Setelah Cuba Mengugut Keluarga Gadis Itu Paksa Gadis Masuk Biliknya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis Setelah Cuba Mengugut Keluarga Gadis Itu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?