• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Disebabkan Pemiutang Tidak Solat, Pasangan Suami Isteri Alim Enggan Bayar Hutang RM6,000

Oleh
Farisha
8 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Menggunakan agama sebagai alasan untuk tidak membayar hutang

Disebabkan Pemiutang Tidak Solat, Pasangan Suami Isteri Alim Enggan Bayar Hutang RM6,000. Satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang lelaki berkongsi pengalaman menghadapi situasi di mana individu yang meminjam wang daripadanya enggan membayar hutang. Pinjaman tersebut sudah menjangkau tempoh tiga tahun.

“Keluarga saudara berhutang RM6,000 kepadaku. Ketika meminjam, mereka berjanji akan membayar balik. Namun, kini sudah lebih tiga tahun tetapi masih belum dibayar.” ujar lelaki itu di aplikasi X, menurut sumber.

Disebabkan Pemiutang Tidak Solat, Pasangan Suami Isteri Alim Enggan Bayar Hutang RM6,000
Disebabkan Pemiutang Tidak Solat, Pasangan Suami Isteri Alim Enggan Bayar Hutang RM6,000

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut cuba menggunakan ‘kad agama’ untuk tidak membayar balik hutang. Isteri kepada saudaranya berkata hutang yang dibuat tidak wajib dibayar kerana lelaki itu tidak menunaikan solat.

Tidak bayar hutang tapi solat 5 waktu boleh masuk syurga ke tidak?

Kecewa dengan alasan itu, lelaki tersebut mempersoalkan sama ada saudaranya yang solat lima waktu itu boleh masuk syurga atau tidak kerana tidak menyelesaikan hutangnya.

Menurut sumber, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membidas tindakan pasangan itu kerana mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain serta menggunakan agama demi kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, sesetengah netizen turut menasihati lelaki itu untuk menunaikan ibadah solat kerana ia tuntutan agama Islam.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen, Penganjur Festival Muzik Di Sarawak Ini Bakal Dikenakan Hukuman Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen, Penganjur Festival Muzik Di Sarawak Ini Bakal Dikenakan Hukuman
Next Article Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai Bernilai RM2.3 Juta Berjaya Dirampas Di Saratok Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai Bernilai RM2.3 Juta Berjaya Dirampas Di Saratok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?