• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti

Oleh
Husna Hazmi
6 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Tiong memberi tempoh 2 minggu untuk mengemukakan bukti

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti. Dilaporkan bahawa, Menteri Pelancongan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing telah mencabar individu yang mendakwa dirinya minum minuman alkohol dan makan daging babi di pejabat untuk mengemukakan bukti bagi tuduhan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

Dalam perkongsian beliau di Facebook hari ini, Tiong berkata bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berterusan pada masa hadapan.

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti
Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti. Kredit gambar: FB Dato’ Seri Tiong King Sing

MOTAC di Putrajaya sentiasa menghormati satu sama lain

Pada masa yang sama beliau berkata bahawa di Pejabat Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya, sentiasa menyemai samangat perpaduan dan saling menghormati satu sama lain.

Sejak menerajui Motac, beliau mengutamakan persekitaran harmoni dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lancar seterusnya membolehkan agenda rakyat dilaksanakan.

Beliau menjawab mesej Whatsapp yang tular, mendakwa dirinya telah meminum alkohol dan makan daging babi di samping menyimpan minuman beralkohol itu di pejabatnya.

Tiong mengecam tuduhan tidak berasas berkenaan dan mengatakan bahawa individu berkenaan sengaja memburukkan namanya dan cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti
Gambar sekadar hiasan

Mesej palsu menyentuh sensitiviti agama dan kaum

Tambah beliau lagi, mesej itu bukan sahaja palsu malah ia juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang jelas ingin menimbulkan kebencian serta mencemarkan imej pentadbiran negara.

Jelas Tiong, setakat ini di pejabat beliau, tiada tukang cuci dan kebiasaanya pinggan serta mangkuk akan dicuci oleh siapa yang menggunakannya. Jika ada tetamu terutamanya kenamaan asing makanan akan ditempah dari restoran Cina dari Hotel di sekitar Putrajaya yang tidak menghidangkan babi.

Bagi tuduhan menyimpan minuman alkohol di pejabat pula, beliau berkata bahawa minuman berkenaan adalah hadiah daripada tetamu antarabangsa dan diterima oleh drinya sebagai tanda hormat.

Dituduh Makan Babi Dan Minum Arak Di Pejabat, Tiong Cabar Tunjuk Bukti
Gambar sekadar hiasan

Sebagai wakil penjawat awam, beliau tidak menolak pemberian berkenaan tetapi dalam masa yang sama adalah tidak wajar untuknya membawa pulang hadian itu sebagai hak mutlak apabila diberikan atas kapasiti perjumpaan rasmi.

Seboleh-bolehnya, beliau berkata pihaknya cuba menyerahkan pemberian ini kepada penerima lain seperti pegawai atau tetamu asing ketika majlis makan malam atau acara rasmi.

Oleh demikian, Tiong memberi amaran agar jangan sesekali cuba merosakkan keharmonian negara ini serta berani untuk bermain dengan api dan sengaja mewujudkan konflik perkauman serta kebencian demi kepentingan peribadi.

Saya harap kenyataan ini dapat menjernihkan keadaan dan menghentikan segala khabar angin yang nyata jika tidak dikawal bakal menjadi ‘barah’ kepada negara.

Dato’ Seri Tiong King Sing

Lagi berita terkini di sini untuk anda:

KPDN Sarawak Rampas 12 Ribu Liter Diesel Disembunyikan Di Batu Kitang
Mayat Lelaki Ditemui Di Telaga Air, Polis Syak Diserang Binatang Buas
SUMBER :FB Dato' Seri Tiong King Sing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KPDN Sarawak Rampas 12 Ribu Liter Diesel Disembunyikan Di Batu Kitang
Next Article Anggota Polis Berpangkat Sarjan Direman, Disyaki Tipu Wang Hampir Setengah Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?