• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba

Oleh
Husna Hazmi
16 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Dicadangkan agar dron digunakan bagi membantu usaha menyelamat oleh pihak bomba.

Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri mencadangkan agar dron boleh digunakan sebagai salah satu peralatan yang digunakan dalam operasi kebombaan.

Isi Isi Penting
  • Dicadangkan agar dron digunakan bagi membantu usaha menyelamat oleh pihak bomba.
  • Dron untuk mencari punca kebakaran
  • Seorang lelaki yang hilang
  • Dapat dilihat dari atas

“Penggunaan dron merupakan satu idea yang bagus bukan sahaja digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kes orang hilang malah dapat juga digunakan untuk operasi menangani kebakaran belukar yang saban tahun berlaku di daerah ini”, kata Ketua Zon Penguasa Kanan Bomba Law Poh Kiong.

Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba
Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba

Dron untuk mencari punca kebakaran

“Kini sudah ada banyak agensi yang mempunyai dron untuk mencari punca kebakaran seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei dan syarikat Naim.

“Memang sudah dicadangkan (penggunaan dron dalam operasi kebombaan) dan ianya merupakan idea yang bagus untuk operasi-operasi lain,” katanya semalam.

Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba

Seorang lelaki yang hilang

Sementara itu Law berkata, dron yang pertama kali digunakan dalam operasi SAR seorang lelaki yang hilang di kawasan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berdekatan simpang Kampung Long Jengan Tinjar, Baram kelmarin.

“Ini suatu kebetulan yang di luar jangka kerana berlaku orang hilang berdekatan paip (SSGP) dan penggunaan dron adalah yang pertama kali digunakan untuk operasi SAR.

Dron Wajar Digunakan Sebagai Alat Bagi Operasi Menyelamat Pihak Bomba

Dapat dilihat dari atas

Jika tiada kemudahan dron, saya percaya operasi SAR ini akan berpanjangan kerana mangsa hilang tanpa diketahui kedudukannya. Dengan adanya dron, radius pencarian adalah besar dan dapat dilihat dari atas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Law turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan juruteknik petronas SSGP yang telah membantu operasi SAR menggunakan dron.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ahli Parlimen PSB Kepada MP Bintulu: Mohon Maaf Pada DG Hisham Sekiranya Benar-Benar Minta Maaf
Next Article Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun Menjadi Mangsa COVID-19 Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?