• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta

Oleh
Husna Hazmi
10 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang bertuah ye orang Sabah!

Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta. Dilaporkan bahawa, dua individu berasal dari Sabah masing-masing menjadi pemenang bertuah Supreme Toto 6/58 Jackpot RM13.8 juta dan Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta.

Isi Isi Penting
  • Memang bertuah ye orang Sabah!
  • Jackpot bernilai RM 13.8 juta
  • Seorang lagi pemenang bertuah
  • Lagi di sini kisah individu dari Borneo bertuah berjaya memenangi Toto berjuta-juta:
Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta
Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta

Jackpot bernilai RM 13.8 juta

Pemenang pertama bekerja sebagai pengurus hutan dan telah berjaya memperoleh kemenangan Supreme Toto 6/58 Jackpot bernilai RM 13.8 juta.

Sports Toto Malaysia dalam kenyataannya berkata, apabila lelaki berusia 61 berkenaan menuntut wang yang dimenanginya, dia berkata kawannya pernah mentertawakannya apabila dirinya terus membeli nombor taruhan sejurus sahaja jackpot bernilai RM 97.75 juta telah dimenangi pada awal April.

“Mereka memberitahu saya agar tidak membazirkan wang kerana jumlah jackpot besar bernilai RM97.75 telah pun dimenangi oleh orang bertuah lain pada awal bulan April. Nasib baik saya tidak memperdulikan kata-kata mereka dan saya menang berjuta-juta kali ini.

“Saya hanya mengetahui (saya menang) satu minggu kemudian menerusi pilihan nombor iaitu, 9, 13, 26, 34, 35 dan 46 membolehkan saya menang RM13,779,096.95 kerana saya hanya menyemak keputusan taruhan apabila ke kedai Toto,” katanya.

Lelaki bertuah ini juga berkata bahawa dirinya belum lagi merancang untuk menggunakan wang yang dimenanginya itu dan tidak merancang untuk bersara lebih awal kerana masih lagi mahu bekerja di dalam hutan.

Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta

Seorang lagi pemenang bertuah

Dalam masa yang sama, seorang lagi pemenang bertuah yang merupakan pegawai tadbir berusia 54 tahun telah berjaya memenangi Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta pada 20 April 2022.

Katanya, beliau telah membeli tiket taruhan System 5 Lucky Pick Toto 4D Jackpot dengan mempertaruhkan nombor bertuahnya 2425 dan 3512 yang membolehkannya menang RM8,065,964.80 dan RM1,006 lagi sebagai bonus System Play.

“Saya mahu menggunakan wang dimenangi ini untuk membayar hutang dan simpanan untuk pendidikan anak-anak,” katanya.

Lagi di sini kisah individu dari Borneo bertuah berjaya memenangi Toto berjuta-juta:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Wanita Sarawak Anyam Tikar Gergasi, Netizen Cuba Teka Nilai Buatan Tangan Ini Tular Wanita Sarawak Anyam Tikar Gergasi, Netizen Cuba Teka Nilai Buatan Tangan Ini
Next Article Dalam Keadaan Sangat Kotor, Sebanyak 14 Kedai Roti Di Bintulu Dikeluarkan Notis Dalam Keadaan Sangat Kotor, Sebanyak 14 Kedai Roti Di Bintulu Dikeluarkan Notis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?