Kejadian berlaku pada hari ini
Dua Pemandu Bergaduh Di Jalan Tun Jugah Dirakam Dashcam Kenderaan. Dilaporkan dua pemandu kenderaan dirakam bergaduh di sepanjang Jalan Tun Jugah, Kuching hari ini berikutan kejadian yang dipercayai rempuhan kecil.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari itu telah membuatkan aliran trafik ke arah jejambat Simpang Tiga tergendala seketika apabila kedua-dua lelaki berkenaan berbalas pukulan di lorong kiri jalan.

Polis telah dipanggil ke tempat kejadian
Polis turut dipanggil ke tempat kejadian tetapi kedua-dua lelaki itu sudah beredar ketika itu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah ketika dihubungi berkata pihaknya masih belum menerima laporan daripada mana-mana pihak.
Sebuah video pergaduhan, yang dirakam oleh kamera dashcam kenderaan yang lalu lalang, tersebar di media sosial.
