• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing

Oleh
Aina Musa
27 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing

Terima suapan daripada majikan premis kedai makan

SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan reman dua penguat kuasa kerana disyaki menerima suapan bulanan berjumlah RM1,000 hingga RM2,000 daripada beberapa premis perniagaan di sekitar Bintulu, Sarawak.

Menurut sumber, bayaran bulanan tersebut diterima bagi melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing
SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing. Sumber: Kosmo Digital

Katanya, dua pegawai termasuk seorang wanita berusia 40-an telah ditahan kira-kira pukul 8 malam pada 24 Jun lalu ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Bintulu, Sarawak.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu petang semalam, dan Majistret Galvin Loo Wei Ling mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 1 Julai.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2022 dan menerima semua bayaran melalui pindahan akaun bank milik suspek.

“Hasil siasatan setakat ini, SPRM telah berjaya merampas wang tunai kira-kira RM30,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM70,000 yang dipercayai diperoleh secara rasuah oleh suspek.

“Siasatan sedang dipergiatkan dan tidak menolak kemungkinan terdapat dalang lain yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Tanpa Baju Berkeliaran Mengayun Parang Di Jalan Likas Sabah Buat Netizen Panik
Lelaki Mengaku Tidak Bersalah, Tipu Jumlah Duit Projek Masjid Bernilai RM40K Di Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Tanpa Baju Berkeliaran Mengayun Parang Di Jalan Likas Sabah Buat Netizen Panik
Next Article Rompak Dan Serang Pekerja Bank Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 9 Tahun Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?