• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Duduk Atas Paha Gadis 14 Tahun, Pemandu Bas Sekolah Dipenjara 15 Tahun Di Sabah

Oleh
Farisha
7 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemandu bas sekolah dipenjara 15 tahun dan 4 sebatan kerana mencabul pelajar bawah umur

Duduk Atas Paha Gadis 14 Tahun, Pemandu Bas Sekolah Dipenjara 15 Tahun Di Sabah. Seorang pemandu bas sekolah di Tawau, Sabah berusia 43 tahun dipenjara selama 15 tahun dan diperintahkan untuk menerima empat sebatan atas dua pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu kepada Musleh Mahmod, selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu di luar keraguan munasabah terhadap Musleh.

Duduk Atas Paha Gadis 14 Tahun, Pemandu Bas Sekolah Dipenjara 15 Tahun Di Sabah
Duduk Atas Paha Gadis 14 Tahun, Pemandu Bas Sekolah Dipenjara 15 Tahun Di Sabah

Si pelaku duduk di atas paha mangsa dan memegang tangan mangsa yang berusia 14 tahun di dalam bas sekolah

Bagi pertuduhan pertama, Musleh dihukum lapan tahun ditambah dua sebatan kerana melakukan kesalahan terhadap gadis berusia 14 tahun itu dengan duduk di atas paha mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara tujuh tahun lagi dan diperintah dua sebatan kerana melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama dengan memegang tangannya.

Menurut laporan, beliau melakukan kesalahan tersebut antara jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25 dan 31 Januari 2023 di dalam bas sekolah.

Rayuan pelaku meminta hukuman ringan ditolak oleh Mahkamah

Mahkamah memerintahkan Musleh menjalani hukuman penjara secara berturut-turut dan permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi ditolak.

Tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula pada 8 November 2023.

Semasa mengemukakan rayuan untuk mendapat hukuman ringan, peguam Samsuddin Sudirman yang mewakili Musleh memohon keringanan dengan alasan bahawa pelakunya perlu menyara keluarga.

Pelaku tidak menunjukkan rasa kesal dan simpati terhadap mangsa

Samsuddin turut memohon supaya hukuman dijalankan secara serentak. Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suryana mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan tersebut adalah serius.

Mohd Suhaimi berkata mahkamah perlu mengambil kira trauma yang dialami mangsa. Beliau menambah bahawa Musleh tidak menunjukkan sebarang rasa kesal atas perbuatannya dan simpati terhadap mangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

8 Tahun Kena Gangguan Seksual, Lelaki Ini Jadi Orang Pertama Didakwa Bawah Anti Stalking Di Malaysia
Kes Gangguan Seksual Ebit Lew, Analisis Polis Temui Sejarah Layari Laman Lucah Dalam Telefon
SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Senjata Terlarang, Tular Lelaki Tangkap Ikan Guna Senapang Panah Di Semporna Senjata Terlarang, Tular Lelaki Tangkap Ikan Guna Senapang Panah Di Semporna
Next Article Dua Lelaki Berjaya Diberkas Gara-Gara Curi Kenderaan Di Bintawa Dua Lelaki Berjaya Diberkas Gara-Gara Curi Kenderaan Di Bintawa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?