• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebuhraya Utara Sarawak Hubungkan Miri, Brunei, Limbang Dan Lawas Dibina Tahun Depan

Oleh
Aina Musa
7 Mac 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Lebuhraya Utara Sarawak Hubungkan Miri, Brunei, Limbang Dan Lawas Dibina Tahun Depan

Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak dengan 4 lorong

Lebuhraya Utara Sarawak Hubungkan Miri, Brunei, Limbang Dan Lawas Dibina Tahun Depan. Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong.

Lebuhraya Utara Sarawak Hubungkan Miri, Brunei, Limbang Dan Lawas Dibina Tahun Depan. Sumber: Astro Awani

Beliau berkata projek berkenaan diperlukan bagi membuka peluang ekonomi yang lebih besar terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.

“Di Limbang, kita akan menaik taraf lapangan terbang dengan meluaskan landasan bagi membolehkan pesawat lebih besar untuk mendarat.

“Kita juga sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk membangunkan sebuah tempat peranginan. Kawasan ini bakal menjadi satu lokasi sektor pelancongan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri Sarawak.

Abang Johari berkata lebuh raya itu juga akan memanfaatkan kawasan Lawas yang bakal memiliki sebuah pelabuhan serta lapangan terbang baharu tidak lama lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Tahun Depan
Syarikat Tambang Murah Singapura, Scoot Air Tawar Penerbangan Ke Sibu Dan Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Individu Cedera, Terhumban Dari Permainan Fun Fair Di Likas Dua Individu Cedera, Terhumban Dari Permainan Fun Fair Di Likas
Next Article Wanita Di Kuching Dakwa Wang Simpanan Bernilai RM30K Dalam Tabung Haji Lesap Wanita Di Kuching Dakwa Wang Simpanan Bernilai RM30K Dalam Tabung Haji Lesap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?